Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Imam Tarawih Import

Alunan suara merdu lengkap dengan taranum Sheikh Mohd. Idris Mohd. Al-Mashrafi, 48, yang berasal dari Mekah membaca ayat-ayat suci al-Quran kedengaran semasa mengimamkan solat sunat tarawih di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Untuk seketika, suasana di sekitar Kampung Baru ibarat Tanah Suci. Sheikh Mohd. Idris sebenarnya telah 14 kali Ramadan dijemput oleh pengurusan masjid berkenaan untuk menjadi imam solat tarawih. Jadi, tidak hairanlah jika imam sebuah masjid di pinggir Mekah itu boleh berbahasa Melayu serba sedikit dan mendapat nikmat berpuasa di Malaysia.

Senarai Nama Imam Solat Tarawih di Masjidil Haram 1434/2013

Imej
Jadual Imam Tarawih Masjidil Haram Makkah
MALAM Solat Tarawih 10 Rakaat Pertama Solat Tarawih 10 Rakaat Kedua, 3 Rakaat Solat Witir 1 Syeikh Abdullah al-Juhani Syeikh Abdul Rahman as-Sudais 2 Syeikh Su’ud as-Syurim Syeikh Mahir al-Mu’aiqili 3 Syeikh Abdullah al-Juhani Syeikh Abdul Rahman as-Sudais 4

Imam Tarawih Dari Palestin Tahun Nih!

Imamkan Solat Tarawih, Kongsi Pengalaman Ditindas Israel
Gaza | Seramai 14 imam tahfiz dari Gaza dijemput mengimamkan solat Tarawih di masjid terpilih seluruh Malaysia sepanjang Ramadan tahun ini.
Pada masa sama, mereka akan berkongsi pengalaman mengharungi kehidupan di bawah penindasan rejim Zionis selama ini bersama jemaah.

Otak Penghafaz Quran Tetap Hidup

TIKAM BATU | Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Kaedah Al-Jabari Hanya 30 Jam

Kuala Lumpur | Umat Islam kini boleh mempelajari al-Quran dengan lebih mudah dan berkesan menerusi pengenalan kaedah terbaru pembelajaran Kitab Suci itu dikenali sebagai Al-Jabari.
Al-Jabari adalah teknik pembelajaran Al-Quran cara mudah yang membolehkan seseorang mengingat huruf, menulis dan menguasai asas pembacaan al-Quran (tajwid) dalam masa hanya kira-kira satu hari.

Maahad Tahfiz Al-Barakah Terbakar

TIKAM BATU, SUNGAI PETANI | Seorang pelajar Mahaad Tahfiz Al Barakah (MANTAB) Kampung Tikam Baru, adik Aiman Nurhakim Yahya 13  meninggal dalam keadaan rentung dalam kebakaran asrama tahfiz berkenaan pukul 1.45 pagi tadi.
Semasa kejadian seramai 16 pelajar sedang nyenyak tidur di rumah kampung dua tingkat yang diubah suai menjadi asrama bahagian belakang sekolah sempat lari keluar kecuali adik Aiman Norhakim yang masih tidur di tingkat atas walaupun dikejutkan oleh beberapa rakanya namun gagal.

Qari Menang Tekad Harum Nama Negara

Kota Bharu | Johan qari dan qariah Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan ke-56, berazam mengharumkan nama negara pada tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur mulai 29 Jun hingga 6 Julai ini.
Anuar Hasin, 29, dari Perak, dan Hanimzah Jalaluddin, 31, dari Pahang, bertekad memperbaiki diri dalam pelbagai aspek merangkumi bacaan, latihan suara, pernafasan, tajwid dan taranum.

Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid (2)

Pandangan Golongan Kedua
Walau bagaimanapun terdapat juga di kalangan ulama yang mengharuskan wanita yang sedang haid masuk ke dalam masjid kerana sesuatu darurat. Seperti tidak kerana takut kepada pencuri, binatang atau mendapatkan sesuatu keperluan yang tidak diperolehi SAW melainkan di dalam masjid. Misalnya untuk mendapatkan air di dalam masjid, kerana di tempat lagi lain tidak ada air. Ini sesuai dengan kaedah:

Kelantan Hantar Qariah Selepas 23 Tahun

Kota Bharu | Selepas 23 tahun qariah dari Kelantan dilarang menyertai tilawah al-Quran, negeri itu menghantar peserta wanitanya menyertai Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56 yang bermula di sini, malam tadi.

Kelantan Tuan Rumah Tilawah Al-Quran Selepas 23 Tahun

KOTA BHARU | Kelantan mencatat sejarah selepas 23 tahun berada di bawah PAS, pertama kali diadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan. Tilawah kali ke-56 diadakan di Balai Islam Lundang bermula malam ini sehingga 14 Jun ini. Perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid (1)

Wanita haid masuk ke dalam masjid menimbulkan beberapa pandangan daripada ulama.
Pandangan Golongan Pertama
Wanita yang didatangi haid dilarang memasuki dan duduk di dalam masjid apatah lagi melakukan iktikaf di masjid tersebut. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَقْرَبُوا الصَّلاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلا جُنُبًا إِلا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا (٤٣)