Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Bilangan Ayat al-Quran

Saya tidak pasti dari mana dalil mengatakan ayat Quran ialah 6,666 ayat. Sehinggakan bila kita cuba membetulkan pun mereka berdalih mengatakan itu adalah bilangan sir memang tak nampak dari bilangan zahir. Suka saya memberitahu bahawa bilangan sir atau hukum sir tidak boleh dijadikan pegangan umum, ia hanya tertakluk kepada individu sahaja. Kalaulah pegangan yang dikatakan sir itu dijadikan pegangan umum maka pincanglah hukum yang telah tersedia ada.
Suatu ketika dahulu pegangan 6,666 ayat adalah suatu yang tabu hatta lepasan Timur Tengah pun blur dengan bilangan sebenar. Mujurlah 10 tahun kebelakangan ini jawapan yang sebenar dapat diperbetulkan, itu pun dengan lahirnya ratusan lepasan Shoubra yang bertungkus-lumus menyebarkan ilmu al-Quran walau setengah golongan memperlekeh lepasan Shoubra. Shoubra caiyok!
Apa pun sebagai jalan tengah saya berpendapat barangkali ada cedokan sumber lama yang menyebut 6,666 cuma saja kita belum berjumpa kerana selain rujukan utama yang saya ambil di…