Maahad Tahfiz Al-Barakah Terbakar

TIKAM BATU, SUNGAI PETANI | Seorang pelajar Mahaad Tahfiz Al Barakah (MANTAB) Kampung Tikam Baru, adik Aiman Nurhakim Yahya 13  meninggal dalam keadaan rentung dalam kebakaran asrama tahfiz berkenaan pukul 1.45 pagi tadi.

Semasa kejadian seramai 16 pelajar sedang nyenyak tidur di rumah kampung dua tingkat yang diubah suai menjadi asrama bahagian belakang sekolah sempat lari keluar kecuali adik Aiman Norhakim yang masih tidur di tingkat atas walaupun dikejutkan oleh beberapa rakanya namun gagal.


Sebelum ini Allahyarham merupakan pelajar paling awal bangun untuk solat subuh di Masjid Al-Barakah yang hanya beberapa meter dari asrama tersebut.

Menurut Pengerusi MANTAB, Ustaz Mazlan Osman beliau bergegas menuju ke asrama setelah dimaklumkan tetapi apakan daya bila sampai api begitu kuat membakar rumah kayu yang baru dibeli dengan harga RM100 bersama sebidang tanah.

“Bila sampai saya terus bertanya bagaimana keadaan pelajar sebab setahunya hanya empat orang yang masih bercuti di kampung masing- masing.  Yang kembali ke asrama hanyalah 16 orang tetapi bila dikira hanya 15  sahaja yang lari menyelamatkan diri seorang daripada mereka ditemui rentung," terang beliau.

Jelas Ustaz Mazlan, tugas paling berat dirasainya apabila hendak memaklumkan kepada keluarga adik Aiman Nurhakim yang tinggal di Taman Penaga Seberang Perai Utara. Apabila sampai ke kediaman ibu bapa Aiman Nurhakim beliau yang ditemani seorang pembantu mudir, Abdul Karim Abdul Wahab dimaklumkan keluarganya ke Gerik, Perak.

Tetapi akhirnya, keberatan meluahkan isihati kepada keluarga adik Aiman menjadi ringan apabila mereka telah mendapat makluman kematian anak oleh rakan dan sedang menuju ke Hospital Sungai Petani.

"Saya tidak sangka ibu bapanya sangat tabah menghadapi situasi sebegini. Ayahnya tenang manakala ibunya sanggup melihat wajah anaknya yang rentung," ujarnya dengan nada sayu.

Kerugian akibat kebakaran tersebut di anggarkan RM90 ribu manakala punca kebakaran masih disiasat oeh pihak Bomba.

Sekolah Mahaad Tahfiz berkenaan mula beroperasi pada tahun 2011 dengan kos pembinaan RM500 ribu.

Jenazah adik Aiman Nurhakim disembahyang selepas solat Asar di Masjid Jamek Penaga diimamkan oleh Mudir MANTAB, Ustaz Zamri Arshad dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Penaga.

Kepada sesiapa yang bersimpati dan mahu menyumbangkan kewangan membantu memulihkan asrama berkenaan bolehlah menghubungi pihak MANTAB di talian 044380227 atau terus ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad 07043011030975 atas nama Maahad Tahfiz Al Barakah.



Write a comment