Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

Tahfiz Al-Quran Popular

Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
SALAH satu program Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) peringkat kebangsaan dan bersifat tahunan adalah Majlis Menghafaz al-Quran. Pada tahun ini ia akan diadakan di Kuantan, Pahang bermula pada 4 hingga 8 April ini. Tahun ini merupakan kali ke-32 majlis itu dianjurkan yang mana ia telah melahirkan ramai juara menghafaz al-Quran.
Secara telusnya, peserta yang mewakili setiap negeri telah melalui proses pemilihan bermula dari peringkat daerah. Seterusnya pihak jabatan agama negeri akan melakukan ujian saringan dan jika ramai peserta yang mendaftar ujian saringan kedua akan diadakan sebelum diuji pada ujian terakhir.
Peserta dalam menghafaz ini perlu menghafaz al-Quran dan mengingatinya dengan baik. Ini kerana mereka dikehendaki menjawab dengan membaca ayat al-Quran secara hafazan tanpa melihat mushaf mengikut tempoh yang ditetapkan. Objektif penganjuran majlis ini adalah untuk mendekatkan masyarakat Islam dengan al-Quran dan mencintai kitab suci itu.
Di saat …

Kelebihan Menuntut Ilmu

Firman Allah Taala:
فَلَوْلا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ (١٢٢)سورة التوبة
Ertinya: Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).۝
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ (٤٣) سورةالنحل
Ertinya: Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.۝
Sabda Nabi SAW:
إنَّ الملائكةَ تضعُ أجنحتَها لطالبِ العِلمِ رضىً بما يطلب. [رواه أحمد]
Ertinya: Sesungguhnya para malaikat melabuhkan sayapnya kepada penuntut ilmu dalam keadaan redha dan kasih atas apa mereka pelajari.
مَنْ …

Seni Hiasan Lampu Masjid

Oleh ROS MAHWATI AHMAD ZAKARIA
MASJID pada hari ini kebanyakannya menggunakan lampu yang berbagai bentuk dan warna terutamanya chandelier import yang digantung di bawah kubah utama dan sekali gus menjadi hiasan dewan sembahyang masjid.
Selain menjadi hiasan utama dan sumber cahaya, chandelier juga menjadi lambang kemewahan dalam sesebuah masjid pada hari ini.
Dalam sejarah kesenian Islam, terdapat satu barangan kesenian yang dibuat khusus untuk masjid dan diberi nama lampu masjid.
Lampu masjid diperkenalkan sewaktu zaman pertengahan Islam pada abad ke 13 dan 14 Masihi di kawasan seperti Mesir, Syria dan Turki. Lampu masjid adalah sejenis lampu minyak yang selalunya diperbuat daripada kaca.
Industri barangan kaca yang berkaitan dengan lampu masjid dikatakan bermula di Syria seawal abad ke 12 Masihi dan kemudiannya tersebar ke Mesir dan kawasan lain selepas itu.
Pembuat barangan kaca di Syria dan Mesir pada abad tersebut dikatakan amat mahir dalam pembuatan barangan kaca berenamel. Barangan k…

Pemisahan Air Laut Dan Sungai

Imej
Mari kita lihat tanda-tanda keAgungan Allah melalui ayat al-Quran:
وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌوَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌوَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَحْجُورًا (٥٣) سورة الفرقان
Ertinya: Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.
Yang pertama air tawar [وهذا عذب فرات] ialah air sungai dan dapat diminum.
Yang kedua air masin [وهذا ملح أجاج] ialah air laut tidak dapat diminum oleh manusia.
Yang ketiga ditengah-tengah antaranya ada benteng yang menghalang daripada dua unsur air tawar dan masin bercampur.


مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ (١٩) بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لا يَبْغِيَانِ (٢٠) سورة الرحمن
Ertinya: Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. (19) Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masin…

Soal Jawab Berkaitan Al-Quran 1

1. Apa takrif al-Quran?
Al-Quran ialah Kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, membacanya menjadi ibadah (dapat pahala), yang sampai kepada kita secara tawatir (diriwayatkan secara ramai orang) dan terpelihara ia (al-Quran) daripada pindaan dan perubahan.
Firman Allah dalam Surah al-Hijr (سورة الحجر) ayat 9:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ (٩)
Ertinya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
2. Berapa bilangan surah al-Quran?
114 surah.
3. Berapa bilangan surah yang diturunkan di Mekah?
86 surah.
4. Berapa bilangan surah yang diturunkan di Madinah?
28 surah.
5. Apa maksud Surah Makkiyyah (السور المكية)?
Mengikut pendapat yang rajah ialah surah yang diturunkan sebelum Hijrah walaupun di luar Mekah.
6. Apa maksud Surah Madaniyyah (السور المدنية)?
Mengikut pendapat yang rajah ialah surah yang diturunkan selepas Hijrah walaupun di luar Madinah.
7. Apa beza Surah Makkiyyah dan Surah Madaniyyah?
Surah Mak…

Abu Al-Fida Raja Bergelar Al-Malikul Muayyad

NAMA lengkapnya adalah Ismail bin Afdal Ali bin Al-Muzaffar Mahmud bin al-Mansur Muhammad bin Taqi ad-Din Umar bin Syahansyah bin Ayyub al-Malik al-Mu’ayyad Imaduddin Abu al-Fida (إسماعيل بن علي بن محمود بن محمد بن عمر شاهنشاه بن أيوب بن شادي السلطان المؤيد عماد الدين أبو الفداء) atau lebih dikenali sebagai Abu Fida (أبو الفداء).
Beliau telah dilahirkan pada tahun 672 M di Damsyik (دمشق) dan merupakan salah seorang seorang cucu keluarga Ayyub, ayah Saladin (Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi - صلاح الدين الأيوبي).
Ketika berusia 12 tahun, beliau telah menyertai rombongan ayahnya serta saudara sepupunya al-Muzaffar Mahmud II (المظفر محمود الثاني), dalam satu penyerbuan terhadap benteng St. John (سنت جون), malah beliau juga turut serta dalam penyerbuan pada Perang Salib (الحرب الصليب) di Tripoli (طرابلس), Arced (مقوس الظهر) dan Qalat ar-Rum (قلعة الروم).
Lima tahun kemudiannya, ketika beliau berusia 17 tahun, beliau turut bertempur melawan tentera-tentera Salib yang menguasai Trablis (طرابلس) da…

Jangan Takbur

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
AL-MARAGHI (المراغي) berkata: Setelah Allah SWT menerangkan pada permulaan surah ini bukti-bukti yang nyata tentang keesaan, kekuasaan, kebijaksanaan dan ketelitian ciptaan-Nya. Allah SWT meneruskan keterangan-Nya dengan menerangkan kenapa manusia derhaka, sombong dan menentang-Nya.
Puncanya adalah cinta dan sibuk dengan urusan keduniaan serta menumpukan sebahagian besar kehendaknya untuk mencapai kesenangan dunia semata-mata. Natijahnya, hati manusia menjadi buta dan lalai terhadap penciptanya dan tidak melaksanakan kewajipan terhadap-Nya.
Pada saat cukup dan berkemampuan, berpengaruh dan berkedudukan, dia sepatutnya lebih memerlukan Allah SWT berbanding ketika miskin dan fakir. Ketika kefakiran, cita-citanya hanyalah keselamatan sendiri dan keluarga sahaja.
Pada saat beroleh kekayaan pula, selain berita-citakan keselamatan diri dan keluarga, ia juga bercita-cita mengekalkan keselamatan kekuasaan, pengaruh dan harta kekayaannya.
Tafsiran Ayat
Firman…

Sejarah Mata Wang Islam Di Tanah Melayu

تاريخ العملة الإسلام في جزيرة الملايو
Oleh ROSMAH WATI AHMAD ZAKARIA
KEDATANGAN Islam ke Nusantara membawa seribu satu perubahan dan keindahan bersamanya. Walaupun terdapat pelbagai teori mengenai tempat pertama dan bila Islam sampai ke dunia Melayu, yang pasti ia membawa kesan yang mendalam dalam kehidupan masyarakat Islam di wilayah ini yang rata-ratanya dihuni oleh orang Melayu. Salah satu perubahan besar yang boleh dilihat adalah pengeluaran duit oleh kerajaan Islam tempatan.
Kerajaan yang dipelopori oleh Kesultanan Melayu yang beragama Islam sama ada di Sumatera, Jawa dan Semenanjung Tanah Melayu juga mengambil langkah yang sama dengan menempa duit kerajaan sendiri seperti yang dilakukan oleh kerajaan Islam di kawasan lain.
Mata wang penting kerana kedudukan dunia Melayu yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa bagi pedagang asing terutamanya dari Timur Tengah, Gujerat dan China.
Logam yang menjadi bahan utama dalam pembuatan duit seperti emas, perak dan timah adalah merupakan sumb…

Nama Nabi Ilyasa’ ASW Dalam Quran

Disebut dua kali dalam al-Quran:
1. Surah al-An’am (سورة الأنعام) ayat 86:
وَإِسْمَاعِيلَ وَالْيَسَعَ وَيُونُسَ وَلُوطًا وَكُلا فَضَّلْنَا عَلَى الْعَالَمِينَ (٨٦)
Ertinya: Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Ismail, Ilyasak, Yunus, Lut dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat-umat (yang ada pada zamannya).
2. Surah Sad (سورة ص) ayat 48:
وَاذْكُرْ إِسْمَاعِيلَ وَالْيَسَعَ وَذَا الْكِفْلِ وَكُلٌّ مِنَ الأخْيَارِ (٤٨)
Ertinya: Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Ismail dan Nabi Ilyasak, serta Nabi Zulkifli dan mereka masing-masing adalah dari orang-orang yang sebaik-baiknya.

Pendapat Ulama Terhadap Rasm Uthmani

Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
ALLAH SWT telah memberi jaminan untuk menjaga al-Quran melalui firmannya yang bermaksud: Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Zikr(al-Quran) dan Kamilah yang menjaganya. (al-Hijr: 9)
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ (٩)
Ulama menafsirkan penjagaan ini terbahagi kepada dua iaitu di dalam dada para hafiz dan dalam helaian mushaf.
Apabila ditanya kepada Imam Malik apakah boleh ditulis mushaf mengikut ejaan semasa? Beliau menjawab mesti ditulis mengikut apa yang ditulis oleh penulis wahyu di zaman Rasulullah SAW.
Imam Malik juga menyatakan bahawa al-Quran ditulis mengikut pendengaran para sahabat ra dari bacaan Rasulullah SAW.
Dua petikan kata-kata Imam Malik di atas adalah bukti yang kuat kepada kita bahawa penulisan Rasm Uthmani (رسم العثماني) adalah pilihan utama kepada umat Islam dan wajib dikekalkan.
Bagi menguatkan lagi hujah tersebut Imam Ahmad Ibn Hambal menjelaskan haram menyalahi rasm al-Quran walaupun pada alif [أ] atau wa…

Melayu Jangan Pupuskan Jawi

Imej