Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Allah Tumpaskan Tentera Bergajah

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
SURAH al-Fil (سورة الفيل) mengandungi lima ayat. Ia termasuk dalam kategori surah Makiyyah (سور المكية) dan diturunkan selepas surah al-Kafirun (سورة الكافرون).
Hubungan surah ini dengan surah al-Humazah (سورة الهمزة) ialah dalam surah al-Humazah, Allah SWT menjelaskan bahawa harta tidak dapat menjauhkan daripada seksaan Allah SWT. Dalam surah ini Allah SWT menyatakan bukti tentang perkara di atas menerusi kisah tentera bergajah.
Seorang panglima tentera Habsyah (الحبشة) yang menguasai Yaman (اليمن) bercita-cita menyerbu dan meruntuhkan Kaabah (كعبة) yang dimuliakan supaya orang Arab tidak melakukan ibadah haji di sana.
Dia menuju Mekah diiringi tentera yang ramai dan gajah yang banyak bagi menambahkan rasa takut pada orang ramai. Dia terus mara sambil mengalahkan sesiapa saja yang dijumpainya, sampai ke al-Mughammas (المغمس) iaitu suatu tempat yang berdekatan kota Mekah.
Dia kemudian mengirim utusan kepada penduduk Mekah memberitahu bahawa tujuan kedatang…

Soal Jawab Berkaitan al-Quran 10

91. Dimana 1/3 al-Quran?
1/3 pertama bermula dari Surah al-Fatihah sehingga ayat 99 Surah al-Taubah (غفور رحيم).
1/3 kedua bermula dari ayat 100 Surah al-Taubah sehingga ayat 100 Surah al-Syua’ra’ (شافعين).
1/3 ketiga bermula dari ayat 101 Surah al-Syua’ra’ sehingga khatam Quran.
92. Dimana 1/4 al-Quran?
1/4 pertama bermula dari awal Surah al-Fatihah sehingga akhir Surah al-An’am.
1/4 kedua bermula dari awal Surah al-A’raf sehingga (وليتلطف) Surah al-Kahfi.
1/4 ketiga bermula (وليتلطف) Surah al-Kahfi sehingga akhir Surah al-Zumar.
1/4 keempat bermula awal Surah Ghafir sehingga khatam Quran.
93. Surah apa yang tidak disebut namanya dalam mana-mana ayat surah tersebut akan tetapi dinamakan sempena makna yang warid daripadanya?
1. Surah al-Fatihah kerana pembuka al-Quran.
2. Surah al-Anbiya’ (سورة الأنبياء) kerana kisah nabi didalamnya.
3. Surah al-Ikhlas kerana makna mengikhlaskan diri akan sifat keesaan Allah.
94. Surah apa dibuka dengan 5 huruf?
Surah Maryam (كهيعص).
95. Surah apa dibuka …

Nama Firaun Dalam Quran 8 - Akhir

71. Surah al-Muzzammil (سورة المزمل) ayat 16:

فَعَصَى فِرْعَوْنُ الرَّسُولَ فَأَخَذْنَاهُ أَخْذًا وَبِيلا (١٦)
Ertinya: Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya.
72. Surah al-Nazi’at (سورة النازعات) ayat 17:
اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى (١٧)
Ertinya: (Lalu diperintahkan kepadanya): Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya).
73. Surah al-Buruj (سورة البروج) ayat 18:
فِرْعَوْنَ وَثَمُودَ (١٨)
Ertinya: (Mereka itu ialah kaum) Firaun dan Thamud (kaum Nabi Soleh).
74. Surah al-Fajr (سورة الفجر) ayat 10:
وَفِرْعَوْنَ ذِي الأوْتَادِ (١٠)
Ertinya: Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?

Nama Firaun Dalam Quran 7

61. Surah al-Zukhruf (سورة الزخرف) ayat 51:
وَنَادَى فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ قَالَ يَا قَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَذِهِ الأنْهَارُ تَجْرِي مِنْ تَحْتِي أَفَلا تُبْصِرُونَ (٥١)
Ertinya: Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istanaku)? Tidakkah kamu melihatnya?
62. Surah al-Dukhan (سورة الدخان) ayat 17:
وَلَقَدْ فَتَنَّا قَبْلَهُمْ قَوْمَ فِرْعَوْنَ وَجَاءَهُمْ رَسُولٌ كَرِيمٌ (١٧)
Ertinya: Dan demi Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun dan merekapun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa) Yang mulia;
63. Surah al-Dukhan (سورة الدخان) ayat 31:
مِنْ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ كَانَ عَالِيًا مِنَ الْمُسْرِفِينَ (٣١)
Ertinya: Dari penindasan Firaun, sesungguhnya dia adalah seorang yang sombong takbur lagi terbilang dari orang-orang yang melampaui batas (dalam keganasan dan kekejamannya).
64. Surah Qaf (سورة ق) ayat 13…

Nama Firaun Dalam Quran 6

51. Surah Ghafir (سورة غافر) ayat 24:
إِلَى فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَقَارُونَ فَقَالُوا سَاحِرٌ كَذَّابٌ (٢٤)
Ertinya: Kepada Firaun dan Haman serta Qarun; maka mereka (menuduhnya dengan) berkata: Dia seorang ahli sihir, lagi pendusta!
52. Surah Ghafir (سورة غافر) ayat 26:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ ذَرُونِي أَقْتُلْ مُوسَى وَلْيَدْعُ رَبَّهُ إِنِّي أَخَافُ أَنْ يُبَدِّلَ دِينَكُمْ أَوْ أَنْ يُظْهِرَ فِي الأرْضِ الْفَسَادَ (٢٦)
Ertinya: Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): Biarkanlah aku membunuh Musa, dan biarlah dia memohon kepada Tuhannya (meminta pertolongan)! Sesungguhnya aku bimbang dia akan menukar agama kamu atau dia menimbulkan kerosakan di muka bumi.
53. Surah Ghafir (سورة غافر) ayat 28:
وَقَالَ رَجُلٌ مُؤْمِنٌ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَكْتُمُ إِيمَانَهُ أَتَقْتُلُونَ رَجُلا أَنْ يَقُولَ رَبِّيَ اللَّهُ وَقَدْ جَاءَكُمْ بِالْبَيِّنَاتِ مِنْ رَبِّكُمْ وَإِنْ يَكُ كَاذِبًا فَعَلَيْهِ كَذِبُهُ وَإِنْ يَكُ صَادِقًا يُصِبْكُمْ بَعْضُ الَّذِي يَعِدُكُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ مُ…

Koleksi Kesenian Islam Dunia

Imej
Oleh ROS MAHWATI AHMAD ZAKARIA

Tanggal 18 Mei merupakan sambutan Hari Muzium Sedunia yang diraikan oleh semua profesional di dalam bidang pemuziuman. Ia diselaraskan dan diberi tema berlainan setiap tahun oleh Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM). Tema pada tahun ini ialah Muzium dan Memori.
Muzium menyimpan 1,001 memori yang melibatkan artifak yang disimpan dan dipamerkan. Terdapat berbagai-bagai jenis koleksi artifak dari pelbagai zaman, tamadun, agama, wilayah dan budaya.
Salah satu koleksi yang berjaya menarik perhatian berbagai masyarakat dan dihargai di seluruh dunia kerana keindahan dan keunikan seni pembuatannya ialah koleksi kesenian Islam.
Sebelum abad ke-20 Masihi, kebanyakan artifak dari dunia Islam diklasifikasikan mengikut geografi seperti Afrika, Asia Barat, Timur Jauh dan Asia Tengah. Pada awal abad ke-20 iaitu pada tahun 1925 satu pameran kesenian Islam telah diadakan di Iskandariah, Mesir. Ia dianjurkan oleh seorang penyelidik Perancis, Gaston Migeon.
Antara artifak yang dip…

Balasan Bagi Pengumpat

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Surah al-Humazah (سورة الهمزة) mengandungi sembilan ayat, ia termasuk dalam kategori surah Makiyyah (سور المكية) dan diturunkan selepas surah al-Qiyamah (سورة القيامة). Walaupun begitu, ada pendapat menyatakan bahawa surah ini diturunkan di Madinah, justeru dinamakan Madaniyyah (سور المدنية).
Hubungan al-Humazah dengan surah al-Asr (سورة العصر)
Dalam surah al-Asr disebutkan bahawa semua manusia bergelumang dalam kesesatan kecuali orang yang dilindungi Allah SWT kemudian dalam surah ini Dia menyebut sifat-sifat orang yang sesat itu.
Ata’ (عطاء) dan al-Kalbi (الكلبي) mengatakan surah ini diturunkan berkenaan al-Akhnas Ibn Shariq (الأخنس بن شريق) yang selalu mengumpat manusia terutamanya tentang Nabi Muhammad SAW. Inilah pendapat Abu Soleh (أبو صالح) daripada Ibn Abbas (ابن عباس), al-Suddi (السدي) dan Ibn Asa’ib (ابن السائب).
Muqatil (مقاتل) mengatakan surah ini diturunkan tentang al-Walid Ibn Mughirah (الوليد بن المغيرة) yang selalu mengumpat Nabi Muhammad S…