Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

Bangunan Tahfiz Tergadai Kerana Forex

KUALA LUMPUR | Kerana mahu menambah pendapatan bagi menguruskan pusat tahfiz, seorang pengetua yang bergelar ustaz sanggup meminjam wang daripada Ah Long dan mengadaikan dua buah bangunan tahfiz yang diwakafkan untuk asrama pelajar di Ipoh, Perak.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 an itu ‘termakan’ nasihat daripada kenalannya untuk membuat pelaburan forex dengan meminjam wang daripada Ah Long.
Menurutnya, yakin kononnya pelaburan forex akan membawa keuntungan, pengetua tersebut meminjam wang sebanyak RM200,000 dan mencagarkan dua buah bangunan tahfiz kepada Ah Long.
Jelasnya, pelaburan tersebut tidak mendatangkan hasil dan pengetua tersebut terpaksa ‘berputih mata’ apabila bangunan tahfiz yang mula beroperasi kira-kira empat tahun lalu dengan menempatkan kira-kira 80 pelajar tergadai.
“Sedar akan kesilapan yang dilakukan, Ustaz tersebut memohon bantuan PPIM, hasil siasatan mendapati jumlah hutan…