Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Sheikh Abdul Hakim Abdul Latif Pergi Umrah

Imej
Sheikh Abdul Hakim Abdul Latif dan Sheikh Muhammad Fuad akan berangkat menunaikan umrah. Turut bersama ialah Sheikh Isa al-Ma'sarawi.


Bagusnya Sheikh Muhammad Fuad berkhidmat untuk Sheikh Abdul Hakim, guru Qiraat beliau.

Tidak Akan Berjaya

Imej
Baca apa yang engkau nak, hafaz apa saja yang engkau nak, tulislah apa saja yang engkau nak. Akan tetapi selagi ianya bukan Quran, kamu sekali-kali tidak akan berjaya, tidak akan bahagia dan tidak akan selamat. Al-Quran penghidup hati.

Akta Akan Dipinda

Putrajaya | Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Percetakan Teks al-Quran 1986 berikutan terdapat banyak kesalahan dilakukan pihak tertentu dalam percetakan, pempameran dan penyalahgunaan ayat al-Quran.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pindaan akta itu dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini selepas selesai perbincangan bersama Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), selain mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu. Seleweng akidah
“Antara pindaan nanti termasuk penyalahgunaan ayat al-Quran sebagai azimat dan mempamerkannya, terutama di kedai, untuk tujuan melariskan jualan. Ini tidak termasuk dalam sebarang akta dan dikhuatiri boleh menyelewengkan akidah.
“KDN akan berbincang lanjut mengenai perkara ini bersama semua Majlis Agama Islam Negeri kerana hal berkaitan agama di bawah bidang kuasa setiap negeri serta JAKIM dan dipersembahkan untuk diperkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke…

Akta Percetakan Teks Al-Quran Akan Dipinda

PUTRAJAYA | Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 bagi mengenakan hukuman lebih keras terhadap mereka yang menyalah guna ayat suci al-Quran.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pindaan itu mencadangkan agar hukuman denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun sekarang dinaikkan kepada denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya.
Cadangan pindaan ini diusul oleh Lajnah Tashih Al-Quran KDN yang bermesyuarat  pada Selasa bagi mengekang penyalahgunaan ayat suci al-Quran termasuk dijadikan azimat di kedai makan sebagai pelaris perniagaan, katanya dalam sidang media, di sini.
Katanya pindaan itu dijangka dilakukan tahun ini, namun KDN akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi mendapatkan pandangan.
Seterusnya cadangan ini perlu dibawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu untuk mendapat perkenan, katanya.
Dalam mesyua…

Nama Makanan Diharamkan Ke Atas Bani Israel

Pada ayat 93 Surah an-Nisa’ menyebut ada makanan yang diharamkan untuk kaum Bani Israel, apakah dia?
كُلُّ الطَّعَامِ كَانَ حِلا لِبَنِي إِسْرَائِيلَ إِلا مَا حَرَّمَ إِسْرَائِيلُ عَلَى نَفْسِهِ مِنْ قَبْلِ أَنْ تُنَزَّلَ التَّوْرَاةُ قُلْ فَأْتُوا بِالتَّوْرَاةِ فَاتْلُوهَا إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (٩٣)
Ertinya: Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israel, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaqub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Jika ada makanan yang diharamkan kepada kamu - Wahai Bani Israel - sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan Dia, kalau betul kamu orang-orang yang benar.
Apa Makanan Diharamkan?
Makanan yang diharamkan dalam Taurat ke atas Bani Israel ialah semua haiwan berkuku seperti unta, titik, angsa dan seumpamanya. Setengah pendapat menafsir haiwan berkuku seperti kuda, keldai dan seumpamanya. Juga lemak lembu dan kambing kecuali yang lem…

Sheikh Isa Ma'sarawi Dilucutkan Jawatan

Sheikh Isa Ma'sarawi telah dilucutkan jawatan sebagai Ketua Qari Mesir. Demikian dinyatakan oleh Menteri Wakaf kerajaan kudeta Mesir, Dr. Muhammad Mukhtar Jumaah pada Khamis lepas.
Jawatan Sheikh Umum Maqari' Misriyyah diganti oleh sahabat Sheikh Isa iaitu Sheikh Abdul Hakim bin Abdul Latif bin Abdullah bin Sulaiman. Sheikh Abdul Hakim ialah Sheikh Qurra' di Masjid Azhar dan sebelum ini telah belasan tahun mengajar di Universiti Islam Madinah dan juga dikatakan sebagai orang punya sanad Quran paling tinggi pada masa sekarang. Sebelum ini almarhum Sheikh Tarabasyi dari Syria sebagai pemegang sanad Quran paling hampir dengan Rasulullah SAW.
Sheikh Isa dilucutkan jawatan oleh sebab kerana menjadi Imam Tarawih di Dataran Tahrir bersama penyokong Morsi dan pro Ikhwan Muslimin. Sebenarnya Sheikh bukan pro Ikhwan tetapi menentang kezaliman. Perlucutan ini membuktikan Sheikh Isa dipihak yang benar. 
Berikut ialah berita dari Akhbar.net:
أصدر وزير الأوقاف، الدكتور محمد مختار جمعة، …

Tahfiz Untuk Warga Emas

Sinonim dengan pusat pengajian dan hafalan al-Quran, penubuhan maahad tahfiz yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat masa kini turut dikenali sebagai pusat pembelajaran ilmu agama kepada golongan muda dan kanak-kanak. Ia dalam usaha melatih serta melahirkan lebih ramai generasi al-Quran bagi meneraju kepimpinan negara berkonsep pemeritahan berlandaskan al-Quran dan sunah pada masa akan datang.
Namun, penubuhan pusat Tahfiz Darul Quran Nurul Hasanah (TDQNH) tidak hanya memfokuskan kepada golongan muda sahaja. Maahad tahfiz yang terletak di Kampung Belimbing, Kuala Selangor itu turut membuka peluang kepada golongan berusia mempelajari dan menghafal al-Quran dengan menubuhkan Pondok Nurul Hasanah.
Pengetuanya, Yusri Abdul Karim berkata, langkah itu adalah bagi memanfaatkan masa golongan warga emas itu dengan pelbagai pengisian keagamaan serta pembelajaran al-Quran di samping mempraktikkan kehidupan Islam sebenar.
“Ramai dalam kalangan warga emas dan golongan selepas pence…

Tilawah Terengganu Selesai

MARANG, 11 April (Bernama) | Pendakwah bebas Ahmad Tarmizi Ali, 29, dan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Nur Hidayah Abdul Rahman, 23, muncul johan qari dan qariah tilawah al-Quran peringkat Terengganu yang berakhir hari ini.
Dengan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang wang tunai RM7,000 dan piala pusingan serta akan mewakili Terengganu ke tilawah peringkat kebangsaan dari 13 hingga 17 Mei di Pahang.
Ahmad Tarmizi, bekas juara program realiti televisyen Akademi Al Quran memperoleh markah 94.5 peratus manakala Nur Hidayah, pelajar tahun akhir Diploma Reka Bentuk Perindustrian mendapat markah 87.17 peratus.
Hadiah disampaikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Ketika ditemui pemberita, Ahmad Tarmizi berkata beliau akan berusaha meningkatkan penguasaan pembacaan agar dapat memberi persembahan terbaik di peringkat kebangsaan nanti.
"Harapan saya pastinya ingin muncul juara di peringkat kebangsaan pula," katanya yang mempunyai 19 beradik dan t…

Amirahman Abas Johan Tajwid di Kuwait

Imej
PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) | Qari Malaysia, Amirahman Abas muncul johan kategori Tajwid Majlis Tilawah '5th Kuwait International Prize of the Holy Quran' yang berlangsung di Kuwait, mulai 31 Mac hingga semalam.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata Amirahman, 31, menerima sijil kemenangan dari Amir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah pada upacara penutup majlis tilawah itu di Istana Bayan, semalam.
Guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan itu juga merupakan naib johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-56, tahun 1434H/2013M.
Selain Amirahman, Malaysia turut diwakili Mohammed Khairul Abdul Razaq, 24 dalam kategori Hafazan, menurut kenyataan itu.
Sebanyak 140 peserta dari 70 negara mengambil bahagian dalam majlis tilawah itu dengan setiap negara hanya boleh menyertai dua daripada tiga kategori disediakan iaitu tajwid, qira'at dan hafazan.
Upacara perasmian majlis tilawah berkenaan disempurnakan Perdana Menteri Kuwait Sheikh…

Tingkatan Mad

Mad [المد] ada 5 tingkatan:
1. Qasr [القصر] : 2 harakat 2. Fuwaiqul Qasr [فويق القصر] : 3 harakat 3. Tawassut [التوسط] : 4 harakat 4. Fuwaiqut Tawassut [فويق التوسط] : 5 harakat 5. Tul atau Isyba’ [الطول أو الإشباع] : 6 harakat

Mungkin ada setengah tidak biasa dengan 3 harakat akan tetapi dalam qiraat yang lain ada bacaan dengan 3 harakat. Lebih dari 6 harakat tiada. Tiada 12 harakat. Yang ada mungkin kiraan harakat dia lambat tapi tetap 6 harakat. Seperti bacaan taranum yang bunyi seolah-olah macam 10 harakat tapi 6 harakat.

Tulisan Khat Surah Fatihah Untuk MH370

Imej
Di RTM disiarkan bacaan Surah al-Fatihah untuk mangsa kapal terbang MAS MH370 yang beragama Islam. Saya nak komen bab tulisan saja. Tulisan khat yang dipaparkan ialah Khat Nastaliq. Tulisan khat ini masyhur dikalangan orang India. Mashaf Quran yang beredar dikalangan kita dahulu adalah mashaf cetakan India menggunakan khat Nastaliq.
Sekarang tidak lagi. Rata-rata dah beralih kepada Khat Naskh mengikut piawaian tulisan Sheikh Uthman Taha, yang menulis untuk Mashaf Madinah cetakan Kerajaan Saudi. Tulisan ini lebih mudah dibaca.
Namun Kerajaan Saudi ada mencetak untuk mashaf Madinahnya dengan khat Nastaliq. Mungkin untuk kemudahan orang belah India dan Pakistan.
Kalau boleh RTM siar yang tulisan khat Naskh. Tulisannya lebih jelas dan comel. Contohnya seperti dibawah yang ditulis mengikut kaedah Rasm Uthmani: