Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Persoalan Alam Nakhluqkum (Surah al-Mursalat)

Imej
Para ulama khilaf pada ayat 20 Surah al-Mursalat [سورة المرسلات]:


Ertinya: Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang?
Khilaf dari segi sebutan bukan khilaf tukar lafaz. Terbahagi kepada 2 pendapat:
1. Tetap membunyikan sifat Qaf iaitu sifat Isti’la’ [الإستعلاء] dan dipanggil Idgham Naqis [الإدغام الناقص].
ألم نخلُـقـكُّمْ
2. Pendapat Jmhur: Idgham Qaf dalam Kaf dengan menghilangkan sifat Isti’la’ [الإستعلاء]. Dengan kata lain Idgham Kamil [الإدغام الكامل].

ألم نخلُكُّمْ

Dahsyatnya Murka Allah

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
ALLAH SWT menyebut tentang api neraka yang menyala-nyala disediakan khas untuk orang kafir dengan menyifatkan neraka itu dengan gambaran yang terlalu takut kepadanya, sehinggakan kanak-kanak menjadi beruban.
Seterusnya Allah meneruskan khabar-Nya dengan menakut-nakutkan dan mengancam mereka bahawa mereka tidak akan selamat daripada seksaan yang menimpa mereka di dunia sebagaimana yang telah menimpa orang yang mendustakan para rasul sebelum mereka.

Belajar Khat 6

Imej

Sheikh Abdul Basit Qari Tersohor

Imej
Oleh: KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
TOKOH seni lagu Quran ini memang terkenal di seantero dunia Islam. Beliau amat berpengaruh di kalangan pembaca al-Quran era selepasnya. Rakaman 30 juzuk al-Quran masih lagi dialunkan. Individu yang dimaksudkan ialah Sheikh Abdul Basit Abdul Samad (عبد الباسط عبد الصمد).
Anak kelahiran Mesir pada tahun 1927 mendapat pendidikan al-Quran dan berjaya menghafalnya pada usia 10 tahun melalui gurunya Sheikh Amer (الشيخ عامر).
Bakat dan kepintaran Sheikh Abdul Basit menarik perhatian Sheikh Amer. Dalam sesi pengajarannya, Sheikh Amer amat mengambil berat tentang makhraj huruf (مخارج الحروف), waqf ibtida (الوقف والابتداء) dan alunan suara yang bersesuaian dengan ayat. Mengikut firasatnya, Sheikh Abdul Basit mempunyai masa depan yang gemilang bersama al-Quran.
Bagi melengkapkan lagi ilmu al-Quran, Sheikh Abdul Basit mengikuti kelas tajwid, qiraat dan ulum al-Quran daripada Sheikh Muhammad Salem Hamadah (الشيخ سليم حمادة).

Semasa talaqqi qiraat, beliau telah mengha…

Sebaik-Baik Doa Oleh Syeikh Nasir Qitami

Imej

Iktikaf Pada 10 Hari Terakhir Ramadan

Kitab Syeikh Nasir al-Qitami

Imej
1. Kitab كشف المعاني في المتشابه المثاني: mengandungi 674 masalah ayat Quran. Kitab karangan Imam Badruddin Ibn Jama’ah, tahqiq Syeikh Nasir al-Qitami. Boleh google untuk download tapi tiada tahqiq Syeikh Nasir.
2. Kitab الحوار القرآني مع الشيخ صالح المغامسي: mengandungi lebih 100 masalah Quran. Disusun oleh Syeikh Nasir al-Qitami. Perbualan beliau dengan Syeikh Soleh al-Maghamsi. Boleh google dah ada link download.
3. Kitab الأربعون القرآنية: mengandungi 40 Hadith kelebihan membaca al-Quran. Disusun oleh Syeikh Nasir al-Qitami. Juga dah ada link download.

Fahami Peristiwa Penurunan Al-Quran

Oleh NAJAHUDIN LATEH
BULAN Ramadan melakarkan pelbagai peristiwa penting dalam lipatan sejarah Islam. Selain pensyariatan puasa, peristiwa lain yang ditulis dengan tinta emas adalah kemenangan Islam dalam Badar Kubra, pembukaan Kota Mekah, pertempuran Ain Jalut, Yom Kippur, intifadhah Palestin dan sebagainya.
Namun, peristiwa penting terbesar adalah penurunan al-Quran atau Nuzul al-Quran yang disambut oleh kita pada hari semalam.
Penurunan mukjizat ini dirakamkan dalam al-Quran dalam firman-Nya: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (antara benar dengan salah). (al-Baqarah: 185)
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّة…

Belajar Khat 5

Imej

Dr. Abdul Basit | Nuzul Quran

Sejarah Pembuatan Permaidani Dunia Islam

Oleh ROS MAHWATI AHMAD ZAKARIA
PERMAIDANI merupakan satu barangan kesenian Islam yang cukup terkenal. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Badwi yang menternak kambing biri-biri di Asia Barat telah menghasilkan sejenis tekstil dengan permukaan yang mempunyai simpulan benang.
Namun, disebabkan oleh penggunaan harian yang lasak, kebanyakan permaidani yang dihasilkan sebelum abad ke 19 Masihi tidak dapat bertahan sehingga ke hari ini.
Antara permaidani dunia Islam terawal yang ditemui adalah awal abad ke-14 Masihi yang ditemui pada tahun 1903 di dalam masjid Ala al-Din di Konya, Anatolia.
Kumpulan permaidani ini dikenali sebagai Permaidani Konya yang ditemui di bawah lapisan beberapa permaidani yang digunakan di dewan sembahyang masjid tersebut.
Ini membuktikan permaidani yang diwakafkan tidak dibuang tetapi dilapiskan dengan yang baru setiap tahun.
Permaidani yang ditemui dihasilkan untuk kegunaan harian dengan simpulan benang bentuk simetri. Ia menggunakan pilihan warna terang yang terhad se…

Syeikh Mohd Ayyub Dalam Majlis Khas

Imej
Syeikh Ayyub bekas Imam Masjid Nabawi bersama alunan Hijaznya dan geng-geng Hijaz.


Ustaz Zamri | Kuliah Nuzul Quran

Syeikh Ilyas Burmawi

Imej
Dalam majlis yang penuh barokah. Alangkah beruntungnya!

Belajar Khat 4

Imej

Rezeki Milik Allah