Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Wajah Suu Khatimah Ulama Syiah

Imej
Wajah Ayatollah Mirza Jawad at-Tabrizi berubah wajah kepada kesuraman kehitaman sikit demi sedikit hinggalah ajal merentapnya dari dunia. Begitulah dakwaan Sheikh Abdul Rahman Dimasyqiyyah, tokoh ulama Sunni. 
Ayatollah Mirza Jawad at-Tabrizi inilah yang kata: Kalau aku jumpa Umar al-Khattab dalam syurga nescaya aku halau dia keluar".

Dua Wail

Imej
Dua surah bermula dengan peringatan "Wail - ويل" iaitu:
وَيۡلٞ لِّلۡمُطَفِّفِينَ
Ertinya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan).
وَيۡلٞ لِّكُلِّ هُمَزَةٖ لُّمَزَةٍ
Ertinya: Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji.
Pengajaran Ayat

Pertama: Menjaga harta orang ramai. Kedua: Menjaga hak mereka

Kata Ibnu Mas'ud

Imej
Kata Ibnu Mas'ud r.a: Ahli Quran ialah orang yang beramal dengan isi kandungan al-Quran walaupun dia tak menghafaznya.

Malaysia Hargai Uzbekistan Jaga Al-Quran Milik Saidina Uthman

TASHKENT 7 Mei | Malaysia menghargai dan melahirkan rasa bangga serta berterima kasih kepada kerajaan Uzbekistan kerana menjaga dan memelihara dengan baik naskhah manuskrip asal kitab suci al-Quran milik Saidina Uthman bin Affan di Kompleks Imam Hazrati di sini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman meluangkan masa lebih sejam melawat kompleks yang merangkumi masjid, muzium dan madrasah yang dijadikan pusat kraf tangan itu semalam.
Rombongan Timbalan Perdana Menteri yang diiringi Duta Malaysia ke Uzbekistan, Abd. Aziz Harun disambut dan diberi penerangan tentang artifak termasuk manuskrip milik khalifah Islam ketiga itu oleh Ketua Lembaga Muslim Antarabangsa Uzbekistan, Mohammad Akhmal Khan Shakirav.
Muhyiddin dalam catatan tulisan Jawi dalam buku pelawat menyatakan: "Saya kagum dengan sejarah al-Quran yang pertama di dunia ini (di Uzbekistan)... mudah-mudahan mukjizat al-Quran ini akan terus menguatkan semangat juan…

Nanti Ahli Neraka Meminta Air Dengan Ahli Syurga

Nanti setelah manusia dihisab, ahli neraka yang kehausan meraung-raung meminta air dengan ahli syurga. Maka jawab ahli syurga: Maaf tak boleh bagi, Allah tak bagi kamu minum air walau setitik pun dari syurga. Nak minum, minumlah air yang disediakan di neraka.

Ahli neraka mengetahui bagaimana rupa air di neraka. Baik tak usah minum kerana mereka meminum larva api neraka.

Inilah mukjizat Quran. Al-Quran sudah menceritakan hal yang akan datang, yang pasti berlaku di Akhirat kelak. Tunggu dan lihat saja. Nanti takdir jikalau kita ahli syurga, kita akan teringat, "Oh Quran sudah menceritakan di dunia lama dulu. Nasib baik aku tidak mempermainkan agama dan tidak melakukan kerosakan di bumi. Alhamdulillah."

Kalau ahli neraka (na'uzubillah) "Oh alangkah menyesalnya aku dulu, orang berdakwah ke arah kebaikan aku memperlekehkan mereka. Malah sanggup aku kata aku tak akan masuk neraka kerana aku tak tutup aurat. Aku juga menghina hudud Allah. Aku mencari-cari idea nak orang perca…

Cara Hafaz Quran – Final Destination

Kaedah 1 | Cara Hafaz Semuka Sehari – Sabtu hingga Khamis (cukup 2 tahun)
1. Hafaz 3 baris setiap lepas solat fardhu. 2. Bermakna akan dapat hafaz 15 baris atau sama jumlah dengan 1 muka surat sehari. 3. Hari Jumaat hari muraja’ah dan rehat. 4. Kaedah ini kalau berterusan dapat hafaz 30 juzuk selama 2 tahun.
Kaedah 2
1. Al-Quran ada 604 muka surat. 2. Cukup setahun hafaz 100 muka surat. 3. Bermakna 30 juzuk mengambil masa 6 tahun.