Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Hafiz Indonesia Jadi Imam Tarawih Turki Diajak Kahwin

ISTANBUL | Seorang pelajar Indonesia, Aswar Anas, bukan sahaja mampu menjadi imam solat sunat tarawih di Turki, malah hafiz al-Quran dari Jakarta ini ditawarkan menjadi imam tetap di masjid bandar Kastamonu.
Portal berita tempatan Dream.co.id memetik laman Persatuan Pelajar Indonesia Turki, melaporkan untuk menjadi imam di mana-mana masjid di Turki bukan perkara mudah apatah lagi warga asing bukan berbangsa Arab.
Tidak seperti di Indonesia, imam masjid di Turki merupakan penjawat awam dan dibayar gaji oleh pemerintah bahkan jadual giliran imam bertugas masjid di negara itu sudah ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan.
Seperti juga pelantikan kakitangan awam yang normal, proses birokrasi ketat sehingga Aswar menjadi imam tarawih bukanlah mudah. Tambahan pula remaja dari pulau Jawa ini merupakan seorang warga asing.
Perbezaan mazhab juga menjadi pertimbangan. Sekadar maklumat, majoriti Muslim Turki menggunakan mazhab Hanafi, sedangan Aswar bermazhab Syafi’i, iaitu aliran utama umat Islam d…