Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

Diari Hidup Syeikh Ahmad Talabah

Diari kehidupan Syeikh Ahmad Talabah (الشيخ احمد طلبة). Seorang qurra’ yang disegani di Mesir. 







Wakaf Jibril (1)

Ada 17 tempat. Sepuluh yang pertama disebut Syeikh Mahmud Khalil al-Husari r.h (الشيخ محمود خليل الحصري) dalam kitabnya (معالم الاهتداء إلى معرفة الوقوف والابتداء). Tempat wakaf ini juga disebut dalam kitab (منار الهدى في بيان الوقف والابتداء) oleh Imam al-Asymuni (أحمد بن عبد الكريم الأشموني) yang diambil dari Imam Sakhawi (السخاوي).

1. Surah al-Baqarah [سورة البقرة] ayat 148 pada lafaz [فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ]:

وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ / أَيْنَمَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعًا إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (١٤٨)

2. Surah Ali Imran [سورة آل عمران] ayat 95 pada lafaz [قُلْ صَدَقَ اللّهُ]:

قُلْ صَدَقَ اللَّهُ / فَاتَّبِعُوا مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ (٩٥)

3. Surah al-Maidah [سورة المائدة] ayat 48 pada lafaz [فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ]:

وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ ا…

Cara Menghafaz Al-Quran Dengan Cepat Dan Kukuh

Ambil contoh surah al-Jumu’ah.

1. Ulang setiap satu ayat sebanyak 20 kali secara hafalan:

يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ (١)

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الأمِّيِّينَ رَسُولا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ (٢)

وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (٣)

ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ (٤)

2. Ulang ayat 1 - 4 sebanyak 20 kali pula untuk pengukuhan.

3. Ulang setiap satu ayat sebanyak 20 kali secara hafalan:

مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (٥)

قُلْ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ هَادُوا إِنْ زَعَمْتُمْ أَنَّكُمْ أَوْلِيَاءُ لِلَّهِ مِنْ دُونِ النَّاسِ فَتَمَنَّوُا الْمَوْت…

Tafsir Juz Ke-30 Versi Mandarin

Imej

Ilmu Qiraat Dirayah

Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD

ILMU berkaitan Qiraat al-Quran perlu mendapat bimbingan yang tepat daripada guru yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang tersebut.

Pengetahuan mengenai ilmu ini bukan untuk menambah kekeliruan tentang tata cara membaca al-Quran. Tetapi memberi gambaran betapa luasnya rahmat Allah SWT dengan memberi kelonggaran kepada umat nabi Muhammad dalam membaca al-Quran.

Segala apa yang dipaparkan dalam penulisan berkaitan Qiraat dipanggil ilmu Qiraat Dirayah1.

Qiraat Dirayah adalah maklumat mengenai sejarah tokoh Qiraat merangkumi kelahiran, sejarah guru mereka dan perkembangan Qiraat dahulu dan sekarang.

Selain itu, taujih Qiraat2 juga dianggap sebagai Qiraat Dirayah. Maklumat sebegini amat penting untuk dikongsi bersama sehingga kita mengetahui kronologi Qurra yang disepakati ulama bacaan mereka adalah mutawatirah.

Di samping mengetahui juga Qurra yang mana ulama mendefinisikan sebagai Qiraat Syazah.

Seorang tokoh Quran yang terkenal Sheikh Mahmud Khalil Husari3…

Sanad Riwayat Hafs

Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD

Perbezaan bacaan al-Quran dalam Qiraat Tujuh1 atau Qiraat Sepuluh2 adalah untuk menyempurnakan lagi makna al-Quran. Tidak ada satupun kalimah yang dibaca dengan beberapa qiraat mempunyai pertentangan makna. Selain itu, banyak juga kalimah al-Quran yang hanya berbeza dari sudut sebutannya sahaja, seperti imalah, taqlil, tashil dan tahqiq.

Hakikatnya ilmu qiraat telah memberi kemudahan kepada umat nabi Muhammad SAW yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bahasa pertuturan untuk membaca al-Quran. Keizinan membaca al-Quran dengan pelbagai qiraat menjadikan al-Quran tersebar dengan cepat di seluruh pelosok dunia. Riwayat bacaan al-Quran yang tersohor dalam dunia Islam hari ini ialah Riwayat Hafs daripada Imam Asim. Majoriti umat Islam membacanya dan kebanyakan al-Quran dicetak mengikut riwayatnya. Bagaimanapun timbul persoalan kenapakah Riwayat Hafs amat popular di kalangan umat Islam berbanding dengan riwayat lain seperti Khalaf, Khallad, al-Susi dan lain-lai…