Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Kelebihan Al-Ikhlas

Imej
Mahfum Hadith menyebut: Barangsiapa membaca Surah al-Ikhas 3X maka dia akan dapat pahala seperi 1X khatam Quran. Dalam satu lagi Hadith, barangsiapa membaca Surah al-Ikhlas 10X maka dia akan dapat satu rumah di dalam syurga. Begitulah kelebihan dan fadhilat membaca dan beramal dengan Surah al-Ikhlas.

Mengadap Allah Seorang Diri

Imej
Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba. (93) Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu. (94) Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri. (95) [Surah Maryam: 93-95]

Nanti pada Hari Pengadilan Allah... Allah SWT akan panggil seorang-seorang makhluknya untuk dibicarakan dalam mahkamah. Semua datang mengadap dengan penuh ketakutan sebagai hamba Allah SWT. Kalau di dunia dulu sombong, sekarang terketar-ketar. Tiadalah yang mengetahui berapa lama pengadilan Allah di mahkamah Hari Kiamat. Dah dipanggil seorang-seorang, semua dipanggil tiada satu pun tertinggal. Bayangkanlah berapa lama. Hanya yang beruntung saja berasa sekejap, aman, nyaman di mahkamah tersebut. Masa tu datang peguam bela iaitu Al-Quran untuk membelanya. Alangkah beruntungnya!

Ya Allah, jadikan aku orang beruntung!