Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Ketegasan Nabi Kepada Kaum Kafir

SURAH ini termasuk dalam surah Makiyyah (سورة المكية), sebagaimana pendapat Ibn Mas’ud, al-Hasan dan jumhur. Sedangkan pendapat Qatadah, ia adalah termasuk surah Madaniyyah. Surah ini terdiri daripada enam ayat dan diturunkan selepas surah al-Ma’un.
Hubungan Surah Ini Dengan Surah Al-Kauthar
Dalam surah terdahulu, Allah SWT memerintahkan kepada rasul-Nya agar beribadat kepada-Nya, mensyukuri nikmat anugerah-Nya yang banyak dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya. Maka dalam surah ini dijelaskan apa yang ditunjuk surah sebelumnya.
Sebab turunnya surah ini
Diriwayatkan bahawa al-Walid Ibn al-Mughirah (الوليد بن المغيرة), al-‘As Ibn Wa’il al-Sahmi (العاص بن وائل السهمي), al-Aswad Ibn Abdul Mutallib (الأسود بن عبد المطلب), Umayyah Ibn Khalaf (أمية بن خلف) dan jemaah yang lain daripada tokoh-tokoh Quraisy menemui Nabi SAW seraya berkata: “Wahai Muhammad, ikutilah agama kami, nanti kami akan mengikuti agamamu, kami akan menyertakanmu dalam urusan kami seluruhnya, kamu sembah tuhan k…

Darul Quran Wajar Dinaik Taraf

Imam Syatibiy Tokoh Qiraat

Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD

DALAM dunia Islam banyak terdapat persamaan nama ulama antaranya Imam Syatibiy (الإمام الشاطبي). Jika mereka yang mendalami ilmu syariat, nama Imam Syatibiy tidak asing kerana beliau adalah seorang tokoh perundangan yang menghasilkan banyak buku yang menjadi rujukan antaranya kitab al-Muwafaqat (الموافقات) dan al-I’tisam (الإعتصام).
Nama penuh Imam Syatibiy yang mengarang kitab al-Muwafaqat ialah Ibrahim Ibn Musa Ibn Muhammad al-Syatibiy (إبراهيم بن موسى بن محمد الشاطبي) dan beliau meninggal dunia pada tahun 790 hijrah.
Sementara Imam Syatibiy yang menjadi tokoh qiraat pula bernama al-Qasim ibn Firruh Ibn Khalaf Ibn Ahmad al-Syatibiy (القاسم بن فيره بن خلف بن أحمد الشاطبي). Beliau meninggal dunia pada tahun 590 hijrah.
Walaupun kedua-duanya berasal dari Syatibah (شيبة) di Andalus (أندلس), tetapi kedua-duanya berbeza kepakaran ilmu dan hidup dalam dua zaman yang berlainan. Ini bermaksud jika yang bercakap tentang Imam Syatibiy dalam bidang perundangan dia a…

Jubah Pakaian Masyarakat Islam Asia Tengah

Oleh ROS MAHWATI AHMAD MOKHTAR
JUBAH sering dikaitkan dengan masyarakat Arab yang tinggal di Timur Tengah. Mengikut Kamus Dewan, jubah ialah pakaian baju panjang cara Arab (yang dipakai oleh haji dan hakim).
Sebenarnya terdapat pelbagai bentuk jubah dalam dunia Islam. Salah satu daripadanya jubah yang dipakai oleh masyarakat Islam di Asia Tengah.
Keunikan jubah di Asia Tengah adalah ia diperbuat daripada kain yang mempunyai warna-warna yang terang tidak seperti di Asia Barat yang kebanyakannya berwarna putih dan hitam.
Ia juga merupakan pakaian yang mempunyai gaya potongan dan jahitan yang berlainan berbanding dengan potongan jubah di Asia Barat.
Jubah Asia Tengah dikenali dengan pelbagai nama, antaranya ialah chapan atau khalat. Ia dipakai oleh golongan lelaki dan wanita Islam di sana. Selalunya ia diperbuat daripada sutera atau broked yang dilapis.
Jubah ini merupakan baju luar yang disarungkan ketika keluar rumah. Ia mempunyai bukaan atau belahan di bahagian hadapan bagi memudahkan pem…

Solat Tanda Bersyukur