Kota Bharu |
Selepas 23 tahun qariah dari Kelantan dilarang menyertai tilawah al-Quran,
negeri itu menghantar peserta wanitanya menyertai Tilawah al-Quran Peringkat
Kebangsaan Ke-56 yang bermula di sini, malam tadi.
Guru al-Quran
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dari Bachok, Radziah Ibrahim (gambar), 50,
akan menyertai tilawah kali pertama dalam tempoh itu selepas muncul johan
al-Quran peringkat negeri Kelantan, Mei lalu.
“Sudah tiba
masanya, zaman kegemilangan qariah Kelantan dibangkitkan kembali setelah ia
‘dikuburkan’ hampir 23 tahun disebabkan peraturan kerajaan PAS Kelantan. Syukur
kerana qariah negeri ini kini dibenarkan menyertai semula tilawah al-Quran dan
saya berharap wanita Kelantan bangkit semula untuk membuktikan kemampuan mereka
dalam membaca al-Quran selepas peluang ditutup begitu lama,” Radziah Ibrahim
“Insya-Allah,
jika saya menjadi johan pada peringkat kebangsaan nanti, ia bakal mencipta satu
sejarah baru kepada wanita negeri ini selepas 23 tahun dilarang menyertai
sebarang tilawah al-Quran,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.
Radziah berkata,
rugi besar jika disekat pembabitan qariah dari negeri ini daripada menyertai
majlis tilawah al-Quran kerana wanita juga harus dianggap sebagai penyumbang
bersama ke arah menyemarakkan syiar Islam di negara ini.
Galakkan Buat
Wanita
Beliau yang
pernah mewakili Pahang pada majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan pada
2003 berkata, sejak kerajaan PAS Kelantan melarang wanita menyertai tilawah
al-Quran, ramai wanita yang mempunyai bakat membaca al-Quran yang baik,
terpaksa memendamkan kebolehan itu.
“Saya pernah
bertanding mewakili daerah dua kali pada peringkat negeri sebelum larangan dan
selepas itu keadaan menjadi suram menyebabkan ramai qariah tidak lagi
bersemangat belajar taranum.
“Syukur kerana
qariah negeri ini kini dibenarkan menyertai semula tilawah al-Quran dan saya
berharap wanita Kelantan bangkit semula untuk membuktikan kemampuan mereka
dalam membaca al-Quran selepas peluang ditutup begitu lama,” katanya.
Sejak 1990,
iaitu selepas Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan, qariah
dari negeri ini tidak dibenarkan menyertai tilawah al-Quran kerana mendakwa
suara wanita adalah aurat dan haram diperdengarkan. Bagaimanapun, Nik Aziz
menarik balik larangan itu tahun lalu dengan alasan banyak hasrat disampaikan
menerusi pertemuan dan surat supaya membenarkan qariah untuk menyertai tilawah
al-Quran.
© BHarian
Write a comment
Catat Ulasan