Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Nik Abduh Kenang 26 Tahun Lalu

BANGI, Selasa | Himpunan 20K Huffaz anjuran Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (PINTA) di Masjid Wilayah Persekutuan, baru-baru ini mengingatkan kenangan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz ketika beliau menuntut sebagai pelajar tahfiz di India, 26 tahun lalu.
“Ia adalah saat saya pernah menjadi pelajar tahfiz al Quran sepenuh masa di India 26 tahun yang lepas.
“Ketika saya melihat ribuan anak-anak tahfiz berhimpun membaca al Quran di Masjid Wilayah Persekutuan itu, hati saya tersentuh sekali.
“Ia seperti menyentap perasaan untuk kembali hidup dan tidur bangun bersama alunan al Quran di bibir dan hati sebagaimana 26 tahun yang lampau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Walaupun kehadirannya dan Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan pada majlis bersama Datuk Seri Najib Razak itu dikritik oleh sesetengan pihak, namun katanya ia adalah pertemuan terbaik beliau bersama dengan Perdana Menteri.
“Jika ada yang tercalar hati mereka dengan pertemuan te…

Guru Habis Umur Ketika Ajar Quran

RIYADH | Millions of citizens have joined Education Minister Azzam Al-Dakheel in offering condolences and prayers for the Holy Qur’an teacher who took his last breath while teaching students in the classroom.
“Teaching is not just a job. Rather, teachers carry and spread a great message with upmost honesty and trust … rest in peace our colleague,” the minister tweeted.
Fahad Al-Hajji passed away at Hisham bin Hakeem Elementary School in Riyadh. Another teacher at the school, who taught across the hall, says Al-Hajji was always committed to performing his duties as a teacher and was loved by all. During the lesson, Al-Hajji began feeling breathlessness and asked a student to call upon the school principal, repeatedly saying: “I’m very tired.” Before he could reach the hospital, Al-Hajji recited the shahadah and breathed his last.
“He was one of the best teachers professionally, morally, and spiritually, and thus deserves all our prayers,” said his colleague Yousef Al-Shaeie.

Sumber:…

Makam Al Quran

Terletak jauh di kawasan pergunungan gersang mengelilingi bandar Quetta di barat daya Pakistan, tersembunyi sebuah gua dipenuhi al-Quran yang melindungi kitab suci berkenaan. Gunung yang dikenali sebagai Jabal-e-Noor atau Gunung Cahaya itu dilawati ratusan ribu pengunjung sejak dua beradik, Abdul Sammad Lehri dan Abdul Rashid menjadikan ia sebuah ‘makam’ untuk kitab lama al-Quran. Beberapa salinan kitab suci yang disimpan di sebuah gua di gunung berkenaan dikatakan berusia lebih 600 tahun.
“Kami sudah menanam sekurang-kurangnya lima juta guni al-Quran lama di gua ini,” kata penjaga ­Jabal-e-Noor, Muzaffar Ali.

Bagaimanapun, gua berselirat di gunung berkenaan semakin hampir mencapai kapasiti maksimum. Beratus-ratus guni yang mengandungi salinan al-Quran lama kini terbiar di tepi gunung ketika pihak pengurusan berusaha membuat ruangan tambahan untuk menyimpannya.
Abdul Sammad berkata, keghairahannya untuk melindungi al-Quran bermula pada 1956 apabila dia menemui sehelai kertas surat kh…

Pusaka Papua Ratusan Tahun Itu Quran

Dream | Islam telah lama masuk ke bumi Papua, sejak ratusan tahun yang lalu. Hal ini terbukti dengan masih adanya peninggalan-peninggalan ajaran Islam yang dipegang erat oleh suku-suku di Papua sebagai sebuah hukum adat.
Seperti di sebuah wilayah pesisir antara Sorong dan Papua, terdapat satu suku yang diketahui merupakan kaum muslim. Namun sayangnya, mereka tak lagi mengajarkan Islam secara turun-temurun, karena mereka dilahirkan sebagai muslim namun tidak memahami agama Islam.
Mereka sudah tidak mengenal Syahadat. Mereka hanya mengenal satu ajaran adat, yaitu tak boleh makan babi. Meski babi adalah santapan yang masyhur di Papua.
Orang-orang suku itu menganggap larangan tersebut sebagai hukum adat, padahal itu adalah hukum Islam. Menariknya lagi, sang kepala suku mempunyai satu barang yang sangat dikeramatkan berupa sebuah kotak yang menyimpan pusaka turun-temurun.
Mereka tak tahu pasti benda apa itu. Saat mulai banyak nelayan muslim yang datang ke wilayah itu, suatu ketika sang kep…

Tahfiz Muda

Imej
Satu pertandingan untuk penghafaz Quran level adik-adik akan diadakan Astro. Bukan 30 juzuk tapi hanya juzuk 30. Jangan tersalah paham pula yer!

Adik-adik yang berminat dijemput hadir ke uji bakat #TahfizMuda di Astro Bukit Jalil esok (6 Mac 2016).

Kaunter pendaftaran dibuka dari 10.00 pg - 3.00 ptg.
Syarat Penyertaan:
Terbuka kepada lelaki dan perempuanBerumur 6-12 tahunHafal juzuk 30

Penganjur ‘Let’s Read Quran’ Jawab Mufti

YBhg Tan Sri Dato’ Seri (DR) Hj. Harussani bin Hj. Zakaria Pengerusi, Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri.
Assalamualaikum W.B.T. YBhg Tan Sri Dato’ Seri (DR),
KEMPEN LET’S READ THE QURAN 2016

Dengan hormatnya, kami merujuk kepada kenyataan media bertarikh 3 Mac 2016 bertajuk “Larangan Penerbitan Teks Al-Quran dalam Bahasa Lain Selain daripada Bahasa Arab” yang telah dimuat naik di laman web Kementerian Dalam Negeri.
2. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih atas nasihat pihak Tan Sri Harussani Zakaria berkenaan kempen Let’s Read The Quran (LRTQ) 2016. Kami ingin mengambil peluang ini untuk menerangkan mengenai kempen LRTQ. Kempen ini telah pertama kalinya diadakan pada tahun 2009 dan telah menerima sambutan baik warga Muslim dan juga bukan Muslim. Pada tahun ini, kami ingin membawa kempen ini pada tahap yang lebih luas dan menyebarkan mesej dan ajaran Al-Quran kepada lebih ramai lagi bukan hanya di Malaysia, bahkan ke luar negara.
3.…

KDN Larang Kempen Lets Read The Quran

KUALA LUMPUR | Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang aktiviti menulis dan membaca Al-Quran dalam bahasa lain selain daripada bahasa Arab.
Pengerusinya, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T dalam bahasa Arab dan bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran maka Al-Quran tidak boleh ditulis dalam bahasa lain kecuali tafsirannya.
Sehubungan itu, katanya, LPPPQ memandang serius ke atas kempen “Lets Read The Quran” yang sedang digerakkan pihak tertentu di negara ini bagi menulis dan membaca Al-Quran dalam bahasa selain bahasa Arab.
“Al-Quran ada kaedah pembacaannya dengan bertajwid, bertarannum dan makhraj yang betul, Al-Quran yang telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa bagi membolehkan mereka yang tidak memahami bahasa Arab memahami makna Al-Quran.
“Namun, terjemahan tersebut bukan merupakan naskah Al-Quran, tetapi merupakan terjemahan Al-Quran atau tafsiran Al-Quran.
“Namun begitu, terjemahan Al-Q…

Tarmizi, Nor Jannah Wakili Terengganu

Ahmad Tarmizi Abd Rahman dan Nor Jannah Abd Rahman masing-masing dari Kuala Nerus muncul johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1437H/2016M.
Kemenangan itu membolehkan johan bagi kedua-dua kategori berkenaan membawa pulang wang tunai RM8,000 berserta sijil penyertaan, piala pusingan dan juga piala iringan sekaligus mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan.
Naib johan qari pula dimenangi oleh Abdul Hadi Che Abdul Halim dari Dungun dan tempat ketiga, Abdul ‘Alim Zakaria dari Kuala Nerus, manakala tempat kedua qariah pula milik Nasirah Ibrahim (Hulu Terengganu) diikuti tempat ketiga Nor Asiah@Norasid Ali (Dungun).
Hadiah bagi pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM6,000 dan RM5,000 berserta  sijil penyertaan dan piala iringan. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan tersebut.
Pada majlis itu, Sultan Mizan menyeru agar semua rakyat memastikan agar sebarang c…

Budak 7 tahun Juara Hifz Quran

Imej