Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

Khidmat Upah Mengaji

Saya mengambil kesempatan di sini ingin mengiklankan khidmat upah mengaji al-Quran 30 juzuk untuk orang yang telah meninggal dunia.
Saya melihat ramai orang khususnya keluarga si mati memberi upah kepada orang yang mahir membaca al-Quran untuk membaca sebanyak 30 juzuk dan pahalanya disedekahkan kepada arwah si mati. Kadang keluarga si mati tercari-cari untuk mengupah orang baca al-Quran. Bermula dari situ saya tergerak hati untuk memberi khidmat yang sama sebagai kemudahan kepada orang ramai.

Rasm Uthmani Pelengkap Pembacaan al-Quran

Imej
Buku yang membicarakan tulisan Uthmani di dalam mashaf al-Quran. Sesuai sebagai rujukan untuk pelajar menengah, universiti dan pengkaji. Kebanyakkan isi kandungan diambil dari kitab Samīr Ṭālibīn (سميرالطالبين) karangan Syeikh ‘Ali al-Ḍabbāa’.

Daftar Isi

BAB 1: SEJARAH PENULISAN AL-QURAN

Sejarah Tulisan arab

Penulisan Sebelum Islam

Penulisan Pada Zaman Permulaan Islam

Penulisan dan Pengumpulan al-Quran Pada Zaman Khalifah Abū Bakar r.a.

Sebab-sebab Penulisan dan Pengumpulan al-Quran Pada Zaman Khalifah Abū Bakar r.a.

Pemilihan Zayd bin Thābit Sebagai Penulis al-Quran

Manhaj Zayd bin Thābit Dalam Penulisan al-Quran

Penulisan dan Pembukuan al-Quran Pada Zaman Khalifah ‘Uthmān r.a.

Sebab-sebab Penulisan dan Pembukuan al-Quran

Metode Khalifah ‘Uthmān r.a. dalam Penulisan Islam

Bilangan Mashaf-mashaf ‘Uthmānī

Bentuk dan Keadaan Mashaf-mashaf ‘Uthmānī

Keistimewaan Mashaf-mashaf ‘Uthmānī

BAB 2: RASM ‘UTHMĀNĪ KAEDAH PENULISANNYA

Kaedah-kaedah Penulisan Rasm ‘Uthmānī

Kaedah Pertama: Al-adhaf

Ka…

Panduan Rasm Uthmani

Imej
Buku ini diterbitkan oleh Urus Setia Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Percetakan al-Quran, Lembaga Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Malaysia. Buku ini sebenarnya dibahagi percuma kepada jabatan tertentu seperti Jakim, Jabatan Agama dan Maahad Tahfiz. Malangnya ada juga setengah orang menjual buku ini. Dahlah dia perolehi buku ini percuma, dijualnya pula kepada murid kelas mengajinya. Sungguh tak patut. Duit ambil kira atas upah mengakut buku ke ustaz ooi?

Cetakan pertama pada tahun 1996 kemudian diperbaharui lagi isinya pada tahun 2004, 2005, 2007. Tahun 2009 saya tidak tahu ada atau tidak cetakan baru kerana saya dah keluar dari medan sekolah kerajaan.

Buku berkaitan Rasm Uthmani atau yang membicarakan tentang tulisan yang terdapat dalam mashaf al-Quran amat jarang sekali kita jumpa. Ini sebab jarang juga kita mendengar orang membicarakan di medan syarahan dan mengajar ilmu Rasm Uthmani di sekolah agama, universtiti, kuliah agama. Masih baru dikalangan orang kita barangkali. Tap…