Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Sheikh Muhammad Rifaat di mata Sheikh Syarawi

سأل الشيخ محمد متولى الشعراوى ذات مرة فى حوار تليفزيونى عن رأيه فى كل من الشيوخ: محمود خليل الحصرى وعبد الباسط عبد الصمد ومصطفى اسماعيل ومحمد رفعت .
فأجاب الشيخ بقوله : إن أردنا أحكام التلاوة فهو الحصرى، وإن أردنا حلاة الصوت فهو عبد الباسط عبد الصمد، وإن أردنا النفس الطويل مع العذوبة فهو مصطفى اسماعيل .وإن أردنا هؤلاء جميعا فهو الشيخ محمد رفعت .

- من كتاب اشهر من قرأ القرءان فى العصر الحديث
Suatu hari Sheikh Mutawalli Sya'rawi ditanya dalam satu temubual tv: Apa pandangan tentang Sheikh Mahmud Khalil Husori, Abdul Basit Abdul Samad, Mustafa Ismail dan Muhammad Rifaat?
Jawab Sheikh Mutawalli Sya'rawi: Jika kami ingin belajar hukum tajwid maka kami dengar Sheikh Mahmud Khalil Husori, nak dengar suara sedap pilih Sheikh Abdul Basit, nak nafas panjang suara asyik dengar Sheikh Mustafa Ismail dan nak dengar gabungan semua pilih Sheikh Muhammad Rifaat.
Di salin dari Kitab Asyhar Qurra Quran di zaman moden.

3 Amalan Waktu Fajar

Imej
1. Menunaikan Solat Fardhu Subuh, menjadikan engkau dalam jagaan Allah SWT (berdasarkan mafhum Hadith).

2. Sunat Fajar, lebih baik dari dunia dan isinya (berdasarkan mafhum Hadith).

3. Membaca al-Quran di waktu fajar, sesungguhnya bacaan Quran di waktu fajar disaksikan oleh para malaikat. Berdasarkan ayat:

Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh (solat Subuh dan membaca Quran) sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). [Surah al-Isra’: 78]
Alangkah indahnya waktu Fajar bagi sesiapa yang dapat menikmatinya!