pembahagian bacaan quran, martabat pembaca quran, membaca quran dengan wasal
مراتب القراءة
Dalam
kita baca al-Quran ada 4 jenis level. Ada yang membaca laju, ada yang baca
lambat.
Iaitulah
bacaan yang penuh ketenangan dan sederhana lajunya dengan menjaga segala hukum tajwid
beserta tadabur maknanya.
وهو القراءة بتؤدة واطمئنان وإخراج كل
حرف من مخرجه مع إعطائه حقه ومستحقه مع تدبر المعاني.
Ertinya: Membaca
dengan lambat dan tenang, mengeluarkan setiap huruf dari makhrajnya dengan
memberikan sifat-sifat yang dimilikinya, baik asli maupun mendatang (hukumnya)
serta memperhatikan makna ayat.
2. Kedua - Taḥqīq التحقيق
Bacaanya
seperti Tartil akan tetapi lebih slow dan lebih tenang. Ini adalah kerana
bacaan ini adalah peringkat permulaan bagi orang mahu belajar tajwid.
وهو مثل الترتيل إلا أنه أكثر منه
اطمئنانا.
Ertinya: Membaca
seperti Tartil tetapi lebih tenang dan lambat.
Bacaan Taḥqīq seperti mazhab Qiraat Hamzah dan Warsh yang bukan
dari ṭarīq Aṣbahānī.
3. Ketiga - Ḥadar الحدر
Bacaan
yang laju akan tetapi masih menjaga hukum tajwidnya. Bukan merempit akan tetapi
apabila sampai tempat dengung dia dengung, wakaf dia berhenti. Selalu bacaan
pada tingkat ini adalah bacaan para penghafaz al-Quran yang mahu mengulang
hafalannya.
وهو الإسراع في القراءة مع مراعات الأحكام.
Ertinya: Membaca dengan cepat tetapi masih
menjaga hukum-hukumnya.
Bacaan Ḥadar adalah membaca Mad Munfasil dengan 2 harakat seperti
mazhab Ibnu Kathir, Abu Amr, Ya’qub, Abu Ja’far, Qalun dan Asbahani.
4.
Keempat - Tadwīr التدوير
Bacaan
pertengahan antara Tartil dan Hadar. Selalunya bacaan seperti ini dapat kita
lihat di dalam solat contohnya Solat Terawih.
وهو مرتبة متوسطة بين الترتيل والحدر.
Ertinya: Tingkat pertengahan antara Tartil dan
Hadr.
Bacaan Tadwīr adalah membaca Mad Munfasil
tidak lebih dari 6 harakat seperti mazhab Ibnu ‘Amir dan Kisā’i.
Berkata
Ibnu Jazari dalam Ṭayyibah:
ويقرأ القرءان بالتحقيق مع * حدر وتدوير وكل متبع
مع حسن صوت بلحون العرب * مرتلا مجودا بالعربى
Ertinya: Harus al-Quran itu dibaca dengan 3
jenis bacaan Tahqiq, Hadar, Tadwir. Membaca al-Quran dengan suara yang elok,
dengan lagu arab secara tartil dan bertajwid dan dengan bahasa arab.
Yang paling afdhal ialah bacaan Tartil kerana al-Quran
itu diturunkan secara tartil seperti firman Allah dalam surah al-Muzammil: ayat
4. Dan ia juga menjadi dalil bacaan secara Tartil. Wallahu a’lam.
Assalamualaikum.. walhamdulillah dapat ilmu baru... jazakallah.. sy mau tanya tingkatan bacaan ini diambil dari kitab apa ya ustaz.. mohon jawabannya sebab sy tengah buat referensi kitab tajwid.. syukron katsiiron..
BalasPadamBoleh dikatakan hampir buku tajwid membicarakan bab ini, pada permulaan bab lagi. Tapi buku tajwid tu cari yang tebal sikit. Kalau yang nipis-nipis nih biasanya mereka tulis secara ringkas sahaja.
PadamMohon info kitab serta halamannya??
Padam