Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Budak Kecik Baca Yasin

Masya Allah lancar bacaannya dari ayat 1 sampai 17.

يس (١) وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ (٢) إِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ (٣) عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (٤) تَنْزِيلَ الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ (٥) لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَا أُنْذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُونَ (٦) لَقَدْ حَقَّ الْقَوْلُ عَلَى أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لا يُؤْمِنُونَ (٧) إِنَّا جَعَلْنَا فِي أَعْنَاقِهِمْ أَغْلالا فَهِيَ إِلَى الأذْقَانِ فَهُمْ مُقْمَحُونَ (٨) وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لا يُبْصِرُونَ (٩) وَسَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لا يُؤْمِنُونَ (١٠) إِنَّمَا تُنْذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ (١١) إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ وَكُلَّ شَيْءٍ أحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ (١٢) وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلا أَصْحَابَ الْقَرْيَةِ إِذْ جَاءَهَا الْمُرْسَلُونَ (١٣) إِذْ أَرْسَلْنَا إِلَيْهِمُ اثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِث…

Jadual Program Sheikh Kurayyim Rajih Ke Terengganu

Khamis |16 Jan 2014 Lepas Isyak | Ceramah di Masjid Pengadang Baru Jumaat | 17 Jan 2014 Jam 10 pagi selepas Kuliah Ayah Chik | Ucapan ringkas di Masjid Rusila Solat Jumaat | Masjid at-Taqwa Batu Enam, ijazah Surah al-Fatihah selepas Jumaat Kuliah Maghrib | Masjid Putih Sabtu | 18 Jan 2014 Kuliah Maghrib | Masjid Tengku Mizan, Kerteh
* Sheikh Kurayyim Rajih ialahSheikhul Qurra' Syam. Syam bermaksud seluruh jajahan Jordan, Lubnan dan Syria hatta Turki.


Video Sheikh Kurayyim meng-ijazah-kan Surah al-Fatihah dan 5 ayat awal Surah al-Baqarah kepada jemaah Masjid Batu 6, Kuala Terengganu. Allahu Akbar!

Populariti Tafsir Jalalain

Tafsir Jalalain merupakan kitab tafsir karya Jalaluddin Muhammad bin Ahmad al-Mahalli (791 Hijrah - 864 Hijrah) dan Abu al- Fadl Abdur Rahman bin Abu Bakar bin Muhammad Jalaluddin as-Suyuti (849-911 Hijraj). Ia disebut Jalalain yang bererti dua (ulama tafsir bernama) Jalal.
Kitab ini terdiri daripada dua jilid. Jilid pertama yang memuat mukadimah dan tafsir surah al-Baqarah hingga akhir surah al-Isra’ merupakan karya Jalaluddin as-Suyuti.
Jilid kedua memuatkan tafsir surah al-Kahfi hingga akhir surah an-Nas, surah al-Fatihah yang diletakkan sesudah surah an-Nas dan tatimmah (penutup). Kecuali bahagian penutup, jilid kedua merupakan karya Jalaluddin al-Mahalli. Bahagian penutup merupakan karya Jalaluddin as-Suyuti.
Penulisan Tafsir Jalalain dilatarbelakangi oleh dua perkara. Pertama, merosotnya bahasa Arab yang disebabkan oleh perhubungan yang terjadi antara bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain yang tidak berbahasa Arab, seperti Parsi, Turki, dan India.
Akibatnya, bahasa Arab tidak mudah…

Mesti Tengok! Sheikh Al-Afasi Di Masjid Agung Kuwait

Sheikh Misyari Rashid al-Afasi mengimamkan solat tarawih di Masjid Agung Kuwait pada tahun 1434H/2013M. Dengan dekorasi dalaman masjid diadun suara merdu imam, fuh memang mengasyikkan. Sheikh membaca Surah Syu'ara'.

Sheikh Muhammad Abid

Imej
Sheikh Muhammad Abid Sanadi, Imam Masjid Quba’. Membawa lagu Ahlu Najd.


Bersama Sheikh Muhammad Khalil Qari yang juga Imam Masjid Quba' dalam Solat Tarawih.

Qari Muhammad Toha

Qari Muhammad bin Toha bin Soleh bin Ibrahim al-Junaid lahir tahun 1994M. Berasal dari Manama, Bahrain. Sejak dari kecil lagi beliau sudah menjadi imam tarawih.


Video diatas ketika masih kecil. Yang dibawah dah berumur 19 tahun.

Qiraat Syazah Yang Dilarang

Pada minggu lepas, penulis menerima klip video melalui khidmat pesanan ringkas whatsApp berkaitan bacaan al-Quran daripada seorang qari. Beliau membaca surah al-Fatihah dengan secara bertarannum dan berqiraat. Tetapi yang peliknya, wajah khilaf Qiraat yang dibacanya adalah bukan daripada Qiraat mutawatirah yang sepuluh.

Penulis Tamu

Kepada yang berminat untuk menulis artikel tapi tiada blog atau malas nak berblog anda dialu-alukan untuk menulis artikel di blog ini. Subjeknya mestilah berkaitan al-Quran, samada tentang tajwid, pengajaran J-Qaf, pengajaran tafsir di universiti dan sebagainya.
Kadangkala saya pun mari penyakit malas nak menulis. Idea ada tapi malas nak menaip. Jadinya kalau ada yang mahu menyumbang artikel ke blog ini bagus juga. Ianya free, tiada apa-apa bayaran untuk artikel anda. Syaratnya mesti sertakan email atau alamat facebook untuk rujukan. Tulis dalam BM yang betul bukan dengan ayat singkatan. Kalau boleh lagi bagus ada perkataan Arab, tapi kalau takde tak jadi masalah.

Sheikh Khalid Jalil

Sheikh Khalid bin Fahd al-Jalil, Imam Masjid al-Malik Khalid di Riyadh, Saudi. Untuk download Quran 30 juzuk boleh ke web beliau Khalid-aljaliil.

Qari Muhammad Qostholi

Imej
Qari Muhammad Qostholi (محمد قصطالي) qari dari Maghribi. Membaca Quran dengan Qiraat Warsy. Memang geng qari Maghribi nih punya nafas panjang. Beliau membaca Surah Yusuf.