Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Sheikh Mahmud Khalil al-Husori

Imej
Siap ada air coca cola lagi. Gambar ketika jadi hakim tilawah. Mana nak cari zaman sekarang minum coca cola time jadi hakim. Sekarang bekal dengan air mineral jer. Habis majlis baru dapat makan minum.

Keluarga Minsyawi

Imej
Sheikh Siddiq Minsyawi, ayah. Dua anaknya Sheikh Muhammad Siddiq Minsyawi, qari yang masyhur dengan suara mendayu-dayu. Seorang lagi Sheikh Mahmud Siddiq Minsyawi juga seorang qari yang masyhur.

Sultan Selangor Seru Umat Islam Jadikan Al-Quran Panduan Hidup

SHAH ALAM, 14 Mac | Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menyeru umat Islam supaya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan tidak hanya sekadar membaca dan menghafaznya semata-mata.
"Beta dapat merasakan betapa bertuahnya negara ini apabila kita terus menyuburkan tradisi pengajian dan pengajaran Al-Quran di dalam masyarakat terutamanya generasi muda," titah baginda pada Majlis Penutup Menghafaz Al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-35 di sini malam ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Titah baginda, Al-Quran juga masih relevan untuk diguna pakai sehingga hari ini dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi dan sains selain mampu melahirkan golongan profesional di kalangan tahfiz.
"Umat Islam negara ini pasti akan berbangga kerana mempunyai para doktor, jurutera dan ahli cendekiawan yang bukan sahaja boleh menghafaz Al-Quran tetapi berupaya me…

Menjaga Kehormatan Quran

Oleh DR. KHAIRUL ANUAR MOHAMAD

Jika merenung proses turun al-Quran daripada Lauh al-Mahfuz kepada Rasulullah SAW terasa betapa cermat dan telitinya. Malaikat Jibril a.s menjalankan tugasnya dengan amanah membawa wahyu dan disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW.
Jibril a.s terkenal dengan gelaran al-Amin. Aturan yang Allah lakukan adalah amat sesuai dengan kedudukan al-Quran yang diturun dari sisinya.

وَإِنَّهُ لَتَنزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ [192]نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ [193]
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya al-Quran adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekelian alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. (al-Syu'’ara’': 192-193)
Al-Quran menjadi hidayah panduan kepada orang bertakwa. Memandu manusia untuk mengenal Allah SWT dan berakidah dengan cara yang betul. Ia juga disifatkan sebagai penawar kepada seluruh penyakit, sama ada yang zahir mahupun yang batin.
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ ا…

Video | Peminta Sedekah Ngaji Berlagu

Peminta sedekah ini membaca al-Quran dengan berlagu. Tu baru taraf peminta sedekah belum lagi taraf qari betul.


Hologram | Jangan Ambil Untung Melalui A-Quran

Pemuda PAS Malaysia (PPM) menasihatkan kerajaan agar jangan mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui penguatkuasaan pelekat hologram pada setiap naskhah Al-Quran. Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM) telah tampil membantah tindakan kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu dengan sebab-sebab yang munasabah.
Kami dimaklumkan, pelekat hologram yang diselaraskan oleh kerajaan itu dikenakan caj yang tinggi. Pengeluar mendakwa, harga yang dikenakan itu sangat tidak munasabah sedangkan kos serta kualiti pencetakan pelekat hologram itu tidaklah tinggi.
Bagi kami, kerajaan mungkin mempunyai alasan tersendiri untuk melaksanakannya namun kerajaan seharusnya berbincang secara terperinci dengan mengambil kira pandangan semua pihak terutama pengeluar bagi mengenalpasti pro dan kontra penggunaan pelekat hologram itu sebelum ianya dikuatkuasaan. Pemuda PAS melihat tiada kewajarannya untuk melaksanakan sistem pelekat hologram ini oleh kerana Kementerian Dalam Negeri mempunyai …

Sheikh Mahmud Khalil di Karachi

Imej
Sheikh Mahmud Khalil al-Husori dalam satu muktamar qurra seluruh dunia di Karachi, Pakistan tahun 1967.

Nota Ringkas Penyebaran Qiraat

Peringkat Pertama | Penyebaran Qiraat di Zaman Nabi SAW
1. Jibril a.s sumber utama dimana Rasulullah SAW mengambil darinya. Setelah itu Rasulullah SAW menjadi guru pertama mengajar ilmu qiraat. Segala kemusykilan bacaan Quran waktu itu terus dirujuk kepada Rasulullah SAW.
2. Para Sahabat belajar samada dengan perintah Rasulullah atau inisiatif sendiri.
3. Muncul beberapa Sahabat r.a menuntut khusus ilmu qiraat kerana seramai 70 orang Sahabat mati syahid dalam Perang Bir Maunah. Sahabat r.a tersebut ialah:
Abu Bakar, Uthman, Ali Abi Talib, Ubai bin Kaab, Abdullah bin Mas’ud, Zaid bin Harithah, Abu Musa al-Asyari dan Abu Darda’.
4. Daripada merekalah Quran sampai kepada kita. Kebanyakkan sanad Quran bersumber kepada nama Sahabat di atas sebelum sampai kepada Rasulullah SAW.
Peringkat Kedua | Qiraat di Zaman Sahabat r.a
1. Rasulullah SAW telah wafat. Ini menyebabkan sumber utama tiada maka sumber yang ada sekarang ialah para Sahabat r.a.
2. Peringkat ini muncul Tabiin belajar qiraat dengan para…