KOTA BHARU |
Kelantan mencatat sejarah selepas 23 tahun berada di bawah PAS, pertama kali
diadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan. Tilawah kali ke-56
diadakan di Balai Islam Lundang bermula malam ini sehingga 14 Jun ini. Perasmian
disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Hadir sama
Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Besar; Datuk Mohd Amar
Abdullah, Setiausaha Kerajaan Kerajaan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan anggota
exco dan pegawai kanan kerajaan negeri serta pusat. Perdana Menteri merakam
ucapan terima masih kepada Kerajaan Kelantan kerana setuju menjadi tuan rumah
pada tilawah kali ini.
“Ini mencatat
sejarah sebagai menyambung penyatuan ummah,” katanya pada ucapan perasmian.
Sebelum itu,
Menteri Besar melahirkan rasa syukur kerana Kelantan dipilih julung kali
sebagai tuan rumah. Ini selaras dengan minat yang mendalam rakyat Kelantan
terhadap al-Quran sejak dahulu lagi. Seramai 29 qari dan qariah akan
memperdengarkan bacaan pada tilawah yang bermula malam ini.
Write a comment
Catat Ulasan