PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) | Qari Malaysia, Amirahman Abas muncul johan kategori Tajwid Majlis Tilawah '5th Kuwait International Prize of the Holy Quran' yang berlangsung di Kuwait, mulai 31 Mac hingga semalam.
Wisma Putra
dalam satu kenyataan berkata Amirahman, 31, menerima sijil kemenangan dari Amir
Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah pada upacara penutup majlis
tilawah itu di Istana Bayan, semalam.
Guru Sekolah
Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan itu juga merupakan naib johan
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-56, tahun 1434H/2013M.
Selain
Amirahman, Malaysia turut diwakili Mohammed Khairul Abdul Razaq, 24 dalam kategori
Hafazan, menurut kenyataan itu.
Sebanyak 140
peserta dari 70 negara mengambil bahagian dalam majlis tilawah itu dengan
setiap negara hanya boleh menyertai dua daripada tiga kategori disediakan iaitu
tajwid, qira'at dan hafazan.
Upacara
perasmian majlis tilawah berkenaan disempurnakan Perdana Menteri Kuwait Sheikh
Jaber Mubarak Al-Hamad Al-Sabah, pada 31 Mac lepas.
Sumber: Bernama
Sumber: Bernama
Write a comment
Catat Ulasan