egala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israel, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaqub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat.
Pada
ayat 93 Surah an-Nisa’ menyebut ada makanan yang diharamkan untuk kaum Bani
Israel, apakah dia?
كُلُّ الطَّعَامِ كَانَ حِلا لِبَنِي إِسْرَائِيلَ
إِلا مَا حَرَّمَ إِسْرَائِيلُ عَلَى نَفْسِهِ مِنْ قَبْلِ أَنْ تُنَزَّلَ التَّوْرَاةُ
قُلْ فَأْتُوا بِالتَّوْرَاةِ فَاتْلُوهَا إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (٩٣)
Ertinya: Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israel, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaqub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Jika ada makanan yang diharamkan kepada kamu - Wahai Bani Israel - sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan Dia, kalau betul kamu orang-orang yang benar.
Apa Makanan Diharamkan?
Makanan yang diharamkan dalam Taurat ke atas Bani Israel ialah semua haiwan berkuku seperti unta, titik, angsa dan seumpamanya. Setengah pendapat menafsir haiwan berkuku seperti kuda, keldai dan seumpamanya. Juga lemak lembu dan kambing kecuali yang lemak di belakang atau di tulang atau di perut.
وَعَلَى الَّذِينَ هَادُوا
حَرَّمْنَا كُلَّ ذِي ظُفُرٍ وَمِنَ الْبَقَرِ وَالْغَنَمِ حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ شُحُومَهُمَا
إِلا مَا حَمَلَتْ ظُهُورُهُمَا أَوِ الْحَوَايَا أَوْ مَا اخْتَلَطَ بِعَظْمٍ ذَلِكَ
جَزَيْنَاهُمْ بِبَغْيِهِمْ وَإِنَّا لَصَادِقُونَ (١٤٦)
Ertinya: dan Kami haramkan atas orang-orang Yahudi segala binatang yang berkuku, dan dari lembu dan kambing pula kami haramkan kepada mereka lemaknya, kecuali (lemak) yang ada pada belakangnya atau yang menyelaputi perkakas dalam perutnya, atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami balas mereka dengan sebab kederhakaan mereka; dan sesungguhnya Kamilah yang benar.
Sebab Diharamkan
Makanan tersebut diharamkan kerana sikap (sebagai hukuman) Bani Israel sendiri iaitu suka berbuat zalim dan menghalang orang berdakwah ke jalan Allah iaitu Nabi mereka sendiri dan orang beriman.
فَبِظُلْمٍ مِنَ الَّذِينَ
هَادُوا حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَاتٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ وَبِصَدِّهِمْ عَنْ سَبِيلِ
اللَّهِ كَثِيرًا (١٦٠)
Ertinya: Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang-orang yahudi, kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah.
Sebelum ini semua makanan
halal dimakan oleh kaum Bani Israel. Hanya Nabi Yaqub saja ada makanan yang
baginda sendiri menegahnya untuk makan kerana berpantang dari suatu penyakit
berat. Ditambah pula baginda bernazar selepas sembuh tak mau makan makanan
tersebut. Akan tetapi kaum Bani Israel kemudiannya pada zaman Nabi Muhammad SAW
tetap berpendapat unta dan susu haram bagi mereka walaupun halal untuk mereka.
Selepas Taurat turun ke atas
Nabi Musa maka ada makanan yang diharamkan untuk Bani Israel hanya saja mereka mahu
beriman atau tidak.
Asal Keturunan Bani Israel
Dari Nabi Yaqub lahirnya keturunan Bani Israel dan Nabi Yusuf dan juga baginda ialah anak kepada Nabi Ishaq bin Nabi Ibrahim. Anak Nabi Ibrahim seorang lagi ialah Nabi Ismail yang darinya lahir keturunan Arab.
Makanan yang diharamkan
sendiri oleh Nabi Yaqub ialah daging unta dan susunya. Pendapat yang lain menyebut
semua akar kayu. Dan setengah pendapat lagi daging kambing. Wallahua’lam.
Nice
BalasPadam