BANGI, Selasa |
Himpunan 20K Huffaz anjuran Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan
(PINTA) di Masjid Wilayah Persekutuan, baru-baru ini mengingatkan kenangan
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz ketika beliau
menuntut sebagai pelajar tahfiz di India, 26 tahun lalu.
“Ia adalah saat
saya pernah menjadi pelajar tahfiz al Quran sepenuh masa di India 26 tahun yang
lepas.
“Ketika saya
melihat ribuan anak-anak tahfiz berhimpun membaca al Quran di Masjid Wilayah
Persekutuan itu, hati saya tersentuh sekali.
“Ia seperti
menyentap perasaan untuk kembali hidup dan tidur bangun bersama alunan al Quran
di bibir dan hati sebagaimana 26 tahun yang lampau,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Walaupun
kehadirannya dan Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan pada majlis bersama
Datuk Seri Najib Razak itu dikritik oleh sesetengan pihak, namun katanya ia
adalah pertemuan terbaik beliau bersama dengan Perdana Menteri.
“Jika ada yang
tercalar hati mereka dengan pertemuan tersebut, lalu mentohmah, bolehlah mereka
mengubati sendiri duka dan amarah di hati mereka dengan berkata, “Tidak
cukupkah lagi masjid, al Quran dan perhimpunan zikrillah menjadi penyejuk hati
dan kerehatan bagi manusia yang sentiasa berselisih di medan politik?”
“Jika Malaysia
mahu kembali dengan keadilan dan kesejahteraan hidup, maka kembalilah kepada al
Quran dan masjid. Selainnya adalah kepalsuan yang nyata,” katanya.
Ahad lalu,
Himpunan 20K Huffaz telah menghimpunkan 20,000 penghafaz al-Quran yang mewakili
300 buah Maahad Tahfiz yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, dan turut dihadiri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Sumber: TranungKite
Sumber: TranungKite
Write a comment
Catat Ulasan