Biodata Tan Sri Sheikh Ismail Imam Masjid Negara


Latar Belakang


Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail Muhammad dilahirkan di Kampung Padang Pulut, Dungun, Terengganu pada 2 Januari 1944. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Dungun Terengganu dan Sekolah Arab Dungun Terengganu. Kemudian, mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau meneruskan pengajian dalam bidang Tahfiz Al-Quran oada tahun 1966 dan merupakan salah seorang daripada lapan orang pelajar awal Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Masjid Negara. Setelah mendapat Diploma Tahfiz, beliau melanjutkan pengajian ke Maahad Al-Qiraat Al-Azhar, Shoubra, Mesir dan memperoleh Ijazah Pertama dalam bidang Al-Qiraat dan Ulum Al-Quran.


Kerjaya


Sekembalinya beliau dari Timur Tengah, beliau telah memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir di Perwakilan Rabitah Amal Islami dan tenaga pengajar di Persekutuan Seruan Islam Singapura (JAMIYAH). Beliau juga pernah bertugas sebagai Pengetua Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Terengganu, Pensyarah dan Timbalan Pengerusi Institut Tahfiz Sultan Haji Hassanul Bolkiah, Brunei Darussalam dan juga Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya. Kini, beliau merupakan Imam Besar Masjid Negara sejak tahun 2007.

Kemahiran beliau dalam bidang Al-Quran diperakui apabila beliau dilantik sebagai Hakim Tilawah Al-Quran peringkat Negeri dan Kebangsaan sejak tahun 1984 sehingga sekarang dan pernah menganggotai Jawatankuasa Mentashih Al-Quran Kementerian Dalam Negeri. Beliau juga merupakan Hakim Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa sama ada dianjurkan oleh Malaysia mahupun di negara-negara luar seperti Brunei, Mesir, Arab Saudi, Dubai, Iran, Qatar dan TV Al-Jazeera. Disamping itu, beliau juga diundang membentang Kertas Kerja dalam Kursus-Kursus Tahsin Al-Quran sama ada di peringkat Negeri mahupun Kebangsaan.

Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teks Doa peringkat jabatan di JAKIM dan sering dijemput untuk memimpin bacaan doa dalam majlis-majlis rasmi negara mahupun antarabangsa. Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau, maka beliau telah menerima beberapa anugerah dan pingat. Antaranya, Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.), Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T.), Anugerah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato’ dan juga Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Terengganu bagi tahun 1432H/2010M.





Mengikut cerita beliau juga merupakan anak murid Syeikh Mahmud Khalil al-Husori dan Syeikh Abdul Fattah al-Qadhi semasa menuntut di Mesir.

Ulasan

  1. salam,saya sempat belajar di maahad tahfiz alquran terengganu (1986)bersama/sekelas dengan Dr.Khairul Anuar,us.Rahim jusoh,bekas Imam Besar Terengganu:Us.Hj Fadhli Yusof,us Shaari,Us Nasarudin Marang,Us./Imam FaIZ azMI ABDUL kADIR,allAHYARHAM IBRAHIM ,iMAM Saiful (bukit Diman)...

    BalasPadam
  2. saya ingatkan Tan Sri Syeikh Ismail sekelas dengan ayah saya(arwah)HJ.ALI ABUBAKAR,rupanya,arwah ayah saya lebih tua dari Tan Sri,lahir tahun 1938(Tan Sri(1944) dan kawannya bekas Tim.Mufti Terengganu Ust.Hj Zainal Abidin Ahmad di Sek.Men Agama Zainal Abidin,ayah saya berguru dengan arwah ustaz Embat(guru tulisan Khat Terengganu)...

    BalasPadam
  3. semoga Tan Sri dalam sihat sejahtera hendaknya ,dirahmati,diredhai ALLAH serta dijauhi segala bala bencana yang menimpa..AMIIN...

    BalasPadam

Catat Ulasan