91. Dimana 1/3 al-Quran?
1/3 pertama bermula dari Surah
al-Fatihah sehingga ayat 99 Surah al-Taubah (غفور رحيم).
1/3 kedua bermula dari ayat 100
Surah al-Taubah sehingga ayat 100 Surah al-Syua’ra’ (شافعين).
1/3 ketiga bermula dari ayat 101
Surah al-Syua’ra’ sehingga khatam Quran.
92. Dimana
1/4 al-Quran?
1/4 pertama bermula dari awal
Surah al-Fatihah sehingga akhir Surah al-An’am.
1/4 kedua bermula dari awal Surah
al-A’raf sehingga (وليتلطف) Surah
al-Kahfi.
1/4 ketiga bermula (وليتلطف) Surah al-Kahfi sehingga akhir Surah al-Zumar.
1/4 keempat bermula awal Surah
Ghafir sehingga khatam Quran.
93. Surah apa yang tidak disebut
namanya dalam mana-mana ayat surah tersebut akan tetapi dinamakan sempena makna
yang warid daripadanya?
1. Surah al-Fatihah kerana
pembuka al-Quran.
2. Surah al-Anbiya’ (سورة الأنبياء) kerana kisah nabi didalamnya.
3. Surah al-Ikhlas kerana makna
mengikhlaskan diri akan sifat keesaan Allah.
94. Surah apa dibuka dengan 5
huruf?
Surah Maryam (كهيعص).
95. Surah apa dibuka dengan
kalimah (قَدْ)?
1. Surah al-Mukminun (سورة المؤمنون):
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
(١)
2. Surah al-Mujadilah (سورة المجادلة):
قَدْ سَمِعَ اللَّهُ
قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ يَسْمَعُ
تَحَاوُرَكُمَا إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ (١)
96. Surah apa dibuka dengan 4
huruf?
1. Surah al-A’raf (المص).
2. Surah al-Ra’d (المر).
97. Surah apa dibuka dengan 2
huruf?
Surah Ghafir (حم), Surah Fussilat (حم), Surah al-Syura (حم), Surah al-Zukhruf (حم), Surah al-Dukhan (حم), Surah al-Jathiyah (حم), Surah al-Ahqaf (حم), Surah Taha (طه), Surah Yasin (يس) dan Surah al-Naml (طس).
98. Surah apa dibukan dengan
kalimah (اِقْتَرَبَ)?
1. Surah al-Anbiya’ (سورة الأنبياء).
اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ
وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُعْرِضُونَ (١)
2. Surah al-Qamar (سورة القمر).
اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ
الْقَمَرُ (١)
99. Ayat apa
ada huruf Ha (ح) selepas
huruf Ha (ح)?
1. Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 235:
وَلا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ
بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ أَوْ أَكْنَنْتُمْ فِي أَنْفُسِكُمْ عَلِمَ اللَّهُ
أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلا أَنْ تَقُولُوا
قَوْلا مَعْرُوفًا وَلا تَعْزِمُوا عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّى يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ
وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنْفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُوا
أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ (٢٣٥)
2. Surah al-Kahfi (سورة الكهف) ayat 60:
وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِفَتَاهُ لا أَبْرَحُ حَتَّى أَبْلُغَ
مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُبًا (٦٠)
100. Ayat apa ada huruf Ghain (غ) selepas huruf Ghain (غ)?
Surah Ali Imran (سورة آل عمران) ayat 85:
وَمَنْ يَبْتَغِ
غَيْرَ الإسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ
وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ (٨٥)
Write a comment
Catat Ulasan