Soal Jawab Berkaitan al-Quran 11


101. Surah apa dibuka dengan ‘Inna’ (إنا)?

1) Surah al-Fath [سورة الفتح]:

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا (١)

Ertinya: Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.

2) Surah Nuh [سورة نوح]:

إِنَّا أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ أَنْ أَنْذِرْ قَوْمَكَ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (١)

Ertinya: Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya): Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya.

3) Surah al-Qadr [سورة القدر]:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (١)

Ertinya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.

4) Surah al-Kauthar [سورة الكوثر]:

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ (١)

Ertinya: Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

102. Surah apa dibukan dengan ‘Sabbaha’ (سبح)?

1) Surah al-Hadid [سورة الحديد]:

سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (١) لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (٢)

Ertinya: Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (1) Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(2)

2) Surah al-Hasyr [سورة الحشر]:

سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (١) هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِنْ دِيَارِهِمْ لأوَّلِ الْحَشْرِ مَا ظَنَنْتُمْ أَنْ يَخْرُجُوا وَظَنُّوا أَنَّهُمْ مَانِعَتُهُمْ حُصُونُهُمْ مِنَ اللَّهِ فَأَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُمْ بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الأبْصَارِ (٢)

Ertinya: Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (1) Dialah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat) dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya. (2)

3) Surah al-Saf [سورة الصف]:

سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (١) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ (٢)

Ertinya: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (1) Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (2)

4) Surah al-‘Ala [سورة الأعلى]:

سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأعْلَى (١)

Ertinya: Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan).

103. Surah apa dibuka dengan ‘Yusabbihu’ (يسبح)?

1) Surah al-Jumu’ah [سورة الجمعة]:

يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ (١) هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الأمِّيِّينَ رَسُولا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ (٢)

Ertinya: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (1) Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (2)

2) Surah al-Taghabun [سورة التغابن]:

يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (١) هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنْكُمْ كَافِرٌ وَمِنْكُمْ مُؤْمِنٌ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ (٢)

Ertinya: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan dan bagiNyalah segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (1) Dialah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing). (2)

104. Surah apa dibuka dengan ‘La Uqsimu (لا أقسم)?

1) Surah al-Qiyamah [سورة القيامة]:

لا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ (١)

Ertinya: Aku bersumpah dengan hari kiamat.

2) Surah al-Balad [سورة البلد]:

لا أُقْسِمُ بِهَذَا الْبَلَدِ (١)

Ertinya: Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini.

105. Surah apa dibuka dengan ayat yang sama?

1) Surah al-Syua’ra’ [سورة الشعراء] dan al-Qasas [سورة القصص]:

طسم (١) تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ (٢)

2) Surah al-Zukhruf [سورة الزخرف] dan al-Dukhan [سورة الدخان]:

حم (١) وَالْكِتَابِ الْمُبِينِ (٢)

3) Surah al-Jathiah [سورة الجاثية] dan al-Ahqaf [سورة الأحقاف]:

حم (١) تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ (٢)

4. Surah al-Hasyr [سورة الحشر] dan al-Saff [سورة الصف]:

سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (١)

106. Surah apa digelar ‘Tawasin’ (الطواسين)?

1. Surah al-Naml [سورة النمل]:

طس تِلْكَ آيَاتُ الْقُرْآنِ وَكِتَابٍ مُبِينٍ (١) هُدًى وَبُشْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ (٢)

2. Surah al-Syua’ra’ [سورة الشعراء]:

طسم (١) تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ (٢)

3. Surah al-Qasas [سورة القصص]:

طسم (١) تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ (٢)

107. Surah apa dibuka dengan ‘Tabaraka’ (تبارك)?

1) Surah al-Furqan [سورة الفرقان]:

تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا (١)

2) Surah al-Mulk [سورة الملك]:

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (١)

108. Berapa bilangan surah dibuka dengan ‘Huruf Muqata’ah’ (حروف مقطعة)?

29 surah.

109. Surah apa dibuka dengan doa?

1) Surah al-Mutaffifin [سورة المطففين]:

وَيْلٌ لِلْمُطَفِّفِينَ (١)

Ertinya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan).

2) Surah al-Humazah [سورة الهمزة]:

وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ (١)

Ertinya: Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji.

3) Surah al-Masad [سورة المسد]:

تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ (١)

Ertinya: Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama.

110. Surah apa dibuka dengan nama surah itu sendiri?

1) Surah al-Haqqah [سورة الحاقة]:

الْحَاقَّةُ (١) مَا الْحَاقَّةُ (٢)

2) Surah al-Qari’ah [سورة القارعة]:

الْقَارِعَةُ (١) مَا الْقَارِعَةُ (٢)

3) Surah ‘Abasa [سورة عبس]:

عَبَسَ وَتَوَلَّى (١) أَنْ جَاءَهُ الأعْمَى (٢)

4) Surah al-Rahman [سورة الرحمن]:

الرَّحْمَنُ (١) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (٢)


Ulasan

(3)

Catat Ulasan