Darul Quran,
JAKIM telah menganjurkan Simposium Pendidikan Tahfiz Nusantara dan Multaqa
Huffaz Kali ke-4 yang berlangsung pada 1-3 jun 2015 di Institut Latihan Islam
Malaysia (ILIM). Program yang dianjurkan dengan kerjasama ILIM dan Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu telah dirasmikan oleh Y.B. Mejar Jeneral
Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Ketua Pengarah Jakim, YBhg.
Dato’ Haji Othman bin Mustapha dan Timb. Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Y.
Bhg. Dato’ Hj. Razali bin Sahabudin.
Y.B. Mejar
Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B) dalam ucapan perasmiannya
mengucapkan syabas dan tahniah kepada para peserta yang terpilih untuk
mengikuti simposium selama 3 hari 2 malam ini, kerana banyak pengalaman dan
ilmu yang dapat dikongsi bersama tokoh-tokoh dalam bidang Tahfiz dari dalam dan
luar negara.
Seramai 200
orang peserta dari seluruh Malaysia dan Nusantara seperti Negara Brunei,
Indonesia, Thailand dan Singapura yang terdiri daripada Pengetua-pengetua
Ma’ahad Tahfiz Negeri, Pensyarah-pensyarah Institut Pendidikan Al-Quran serta
pegwai-pegawai yang berlatar-belakangkan pendidikan tahfiz telah mencurahkan
pelbagai idea dan pandangan disempanjang simposium berlangsung.
Bersempena
dengan Simposium Pendidikan Tahfiz Nusantara kali ini, Darul Quran turut
menganjurkan Multaqa Huffaz yang mana penganjurannya akan masuk kali ke-4 bagi
tahun 2015. Program ini bakal menghimpunkan semula para huffaz dari dalam
negara yang mahir dan memiliki kepakaran dalam pelbagai displin ilmu khususnya
pembangunan pendidikan tahfiz al-Quran untuk memberi pandangan berkaitan
institusi tahfiz di Malaysia dan seterusnya merangka hala tuju Dewan Huffaz
Kebangsaan.
Majlis Penutup
Simposium Pendidikan Tahfiz Nusantara ini telah disempurnakan oleh Timb. Ketua
Pengarah (Pembangunan Insan) Y. Bhg. Dato’ Hj. Razali bin Sahabudin pada 3 Jun
2015.
Sumber: Darul Quran
Sumber: Darul Quran
Write a comment
Catat Ulasan