LONDON 30 Nov. –
Seorang biskop kanan Gereja England, mencadangkan bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan
pada majlis pertabalan Putera Charles, sekiranya beliau diangkat sebagai
pemerintah negara ini.
Bekas Biskop
Oxford, Harries of Pentregarth berkata, langkah itu akan membolehkan penduduk
Islam ‘rasa diterima’ di Britain, sekali gus membuatkan lebih banyak lapisan
masyarakat termasuk bukan Islam menerima Putera Charles sebagai pemerintah
baharu monarki di negara ini.
Beliau
mencadangkan perkara itu ketika sesi perbahasan di Dewan Tinggi Parlimen.
Harries berkata,
Gereja England perlu meneruskan peranan mempromosi keharmonian agama dalam
kalangan masyarakat di negara ini.
Beliau berkata,
tahun lalu, satu majlis sivik di Gereja Besar Bristol menyaksikan bacaan ayat
suci al-Quran diperdengarkan pada acara permulaan satu majlis agama Kristian
selepas mendapat persetujuan pihak berkuasa.
“Tindakan itu
kreatif, sekali gus menjadikan penganut Islam rasa diterima dan pada masa sama
tidak meminggirkan penganut Kristian,’’ katanya.
Sementara itu,
pengkritik mengecam idea tersebut dan menuduh Gereja England hilang keyakinan
ke atas institusi dan tradisi mereka.
Sumber: Utusan Malaysia
Sumber: Utusan Malaysia
Write a comment
Catat Ulasan