Nanti Ahli Neraka Meminta Air Dengan Ahli Syurga

Nanti setelah manusia dihisab, ahli neraka yang kehausan meraung-raung meminta air dengan ahli syurga. Maka jawab ahli syurga: Maaf tak boleh bagi, Allah tak bagi kamu minum air walau setitik pun dari syurga. Nak minum, minumlah air yang disediakan di neraka.

Nanti setelah manusia dihisab, ahli neraka yang kehausan meraung-raung meminta air dengan ahli syurga. Maka jawab ahli syurga: Maaf tak boleh bagi, Allah tak bagi kamu minum air walau setitik pun dari syurga. Nak minum, minumlah air yang disediakan di neraka.

Ahli neraka mengetahui bagaimana rupa air di neraka. Baik tak usah minum kerana mereka meminum larva api neraka.

Inilah mukjizat Quran. Al-Quran sudah menceritakan hal yang akan datang, yang pasti berlaku di Akhirat kelak. Tunggu dan lihat saja. Nanti takdir jikalau kita ahli syurga, kita akan teringat, "Oh Quran sudah menceritakan di dunia lama dulu. Nasib baik aku tidak mempermainkan agama dan tidak melakukan kerosakan di bumi. Alhamdulillah."

Kalau ahli neraka (na'uzubillah) "Oh alangkah menyesalnya aku dulu, orang berdakwah ke arah kebaikan aku memperlekehkan mereka. Malah sanggup aku kata aku tak akan masuk neraka kerana aku tak tutup aurat. Aku juga menghina hudud Allah. Aku mencari-cari idea nak orang percaya cakap aku, maka aku tuduh ini hudud ciptaan parti tertentu. Negara takan maju dengan adanya hudud."

Penyesalan yang tiada gunanya lagi. Fastabiqul khairot!

وَنَادَىٰٓ أَصحَٰبُ ٱلنَّارِ أَصحَٰبَ ٱلجَنَّةِ أَن أَفِيضُواْ عَلَينَا مِنَ ٱلمَآءِ أَو مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ حَرَّمَهُمَا عَلَى ٱلكَٰفِرِينَ

Ertinya: Dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli neraka dengan firmannya): ahli neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata): "Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu". Mereka (ahli Syurga) menjawab: "Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir". [Surah al-A’raf: 50]

ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَهُم لَهوا وَلَعِبا وَغَرَّتهُمُ ٱلحَيَوٰةُ ٱلدُّنيَا فَٱليَومَ نَنسَىٰهُم كَمَا نَسُواْ لِقَآءَ يَومِهِم هَٰذَا وَمَا كَانُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَا يَجحَدُونَ


Ertinya: (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami. [Surah al-A’raf: 51]

Write a comment