PUTRAJAYA |
Sebanyak 50,000 naskah al-Quran akan diserahkan ke institusi pendidikan dan
masjid-masjid di dua daerah di Palestin iaitu Baitulmaqdis dan Gaza untuk
kegunaan penduduk di sana.
Sumbangan oleh
Wakaf al-Quran, Yayasan Restu akan diserahkan kepada kedua-dua daerah itu
selepas hari raya Aidilfitri, kata Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff
Mirasa.
Katanya al-Quran
tersebut kini dalam proses percetakan dan dijangka akan siap dalam bulan
Ramadan ini di mana 5,000 telah siap dicetak.
"Sekurang-kurangnya
RM4 juta diperlukan untuk menyiapkan 50,000 naskah Al-Quran...dan sehingga kini
kita telah mendapat RM250,000 sumbangan dari orang ramai,” katanya kepada
pemberita selepas Majlis Pelancaran Wakaf Al-Quran sempena Ramadan oleh Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.
Orang ramai yang
ingin menyalurkan dana boleh berbuat demikian melalui SMS dengan menaip jumlah
sumbangan dan hantar ke 32728, atau sumbangan secara tunai di Kompleks Taman
Seni Islam Selangor, Shah Alam; Restu Gallery, PWTC; serta Nasyrul Qur’an
@ Masjid At-Taqwa, Pulau Pinang.
Sumbangan juga
boleh dilakukan secara online di laman sesawang www.mushafpalestine.com atau
secara deposit terus ke akaun Bank Islam (M) Sdn Bhd atas nama Yayasan Restu
Wakaf di nombor akaun 140320100-21452.
Write a comment
Catat Ulasan