cara mengulang quran yang diajarkan oleh syeikh abu bakar syatiri imam masjid nabawi
Syeikh Abu Bakar al-Syatiri (الشيخ
أبو بكر الشاطري) memberitahu cara mengulang
al-Quran, “Aku membahagikan kepada 3 bahagian:
Pertama: Ayat-ayat yang aku
ingat, lancar, aku membacanya tanpa melihat mashaf kecuali pada ayat aku kurang
pasti betul atau tidak.
Kedua: Ayat-ayat yang aku
ingat-ingat lupa, jadi aku membacanya dengan melihat mashaf sentiasa sampailah
betul-betul lancar.
Ketiga: Ayat-ayat yang aku
lupa terus maka terpaksalah aku hafal balik.
“Aku mewajibkan diriku
mengulang al-Quran sekurang-kurangnya 1 juzuk atau lebih dan tidak kurang.
Dalam satu hari aku kena duduk mengadap al-Quran mengulang-ulang ayat yang aku
ingat-ingat lupa tadi sampai lancar betul. Selepas itu barulah aku mengulang
ayat yang aku paling lancar pula. Kemudian barulah aku hafaz kembali ayat yang
telah aku lupai. Begitulah amalan seharianku sehingga Allah memuliakanku dengan
mentasbitkan al-Quran ke dalam hatiku dalam masa 4 bulan sahaja.
“Dan yang paling penting
apabila al-Quran tersemat di dalam dada kita yakni orang Islam ia menjadi satu
asbab kita menghampirkan diri pada Allah dan menjauhi segala larangannya. Dan al-Quran
itu cahaya sedangkan cahaya Allah tidak akan masuk ke dalam ahli maksiat.”
Write a comment
Catat Ulasan