Pengenalan Tajwid

المدخل في علم التجويد
Makna:

1) Dari segi bahasa bermaksud memperelokkan (الإتيان بالجيد).
2) Dari segi istilah ialah mengeluarkan huruf dari makhrajnya bersama memenuhi haqnya dan mustahaqnya.

Kata Ibnul Jazari dalam Mukadimah (المقدمة لإبن الجزري):

وهو إعطاء الحروف حقها * من صفة لها ومسـتحقها

Ertinya: Ilmu yang memberikan pengertian tentang hak-hak dari sifat huruf dan mustahaq huruf.


Makna  حقه  : Sifat zat yang lazim bagi sesuatu huruf seperti sifat Jahr, Syiddah dan sebagainya.
Makna ومستحقه : Sifat mendatang yang muncul dari sifat zat huruf itu sendiri seperti sifat tebal, dia muncul kerana adanya sifat zat Isti’lā’.

Menurut al-Suyūṭī:

وهو إعطاء الحروف حقوقها وترتيبها ورد الحرف إلى مخرجه وأصله وتلطيف النطق به على كل كمال هيئته من غير إسراف ولا تعسف ولا أفراط ولا تكلف.

Ertinya: Mengucapkan huruf-huruf menurut hal aslinya satu persatu. Sambil setiap huruf itu diucapkan menurut ucapan aslinya dan menuturkan secara sempurna bukan dengan cara paksaan, tergesa-gesa, berlebihan-lebihan.

Hukumnya:

Mempelajarinya adalah fardhu kifayah dan beramal dengannya adalah fardhu ain (hukum yang sepakat dari ulama Tajwid samada khalaf atau salaf), beramal dengan suruhan al-Quran dan meninggalkan larangannya.

Di dalam kitab Hidāyatul Mustafīd (هداية المستفيد في أحكام التجويد):

التجويد لا خلاف في أنه فرض كفاية والعمل به فرض عين على كل مسلم ومسلمة من المكلفين

Ertinya: Tiada khilaf mempelajarinya adalah fardhu kifayah. Beramal dengannya fardhu ain atas setiap orang Islam yang mukallaf samada lelaki atau perempuan.

Firman Allah dalam surah al-Muzammil ayat 4:

وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا

Ertinya: Bacalah al-Quran dengan tartil.

Disini lafaz Tartil itu dalam bentuk Fi’il Amar.

Saidina Ali ditanya tentang makna tartil lalu beliau menjawab - تجويد الحروف ومعرفة الوقوف - memperelokkan sebutan huruf yakni keluar makhraj huruf dan kenal tempat wakaf.

Dalam Hadith:

اقرؤا القرآن بلحون العرب وأصواتها، وإياكم ولحون أهل الفسق والكبائر، فإنه سيجئ أقوم من بعدي يرجعون القرآن ترجيع الغناء والرهبانية والنوح لا يجاوز حناجرهم مفتونة قلوبهم وقلوب من يعجبهم شأنهم.

Ertinya: Bacalah al-Quran dengan bentuk suara dan lagu arab. Dan jauhilah oleh mu dari bentuk suara dan lagu-lagu orang fasiq dan dosa besar. Sesungguhnya akan datang beberapa golongan sesudah aku, orang-orang yang membaca al-Quran seperti cara bernyanyi, cara orang Ahli Kitab dan cara seperti orang orang meratap, yakni keluarnya huruf-huruf yang melalui kerongkong mereka tidak sesuai dengan mahkraj huruf, semata-mata tujuannya mempersona dan menakjubkan orang sahaja.

Tajuk perbincangan:

Kalimat al-Quran.

Sumber:

Dari bacaan Nabi Muhammad SAW dan selepas baginda, iaitu dari kalangan para sahabat, tabi’in, imam qiraat dan ahli tajwid.

Kelebihannya:

Semulia-mulia ilmu kerana mempelari ilmu kitab Allah.

Faedahnya:

Kebahagian di dunia dan akhirat.

Orang yang membahagikan ilmu tajwid:

Ialah para ulama Qiraat. Setengah pendapat mengatakan Abū ‘Umar afs bin ‘Umar al-Dūrī (أبو عمر حفص بن عمر الدوري).

Siapa yang mula mengarang kitab tajwid:

Musā bin ‘Ubdullāh bin Yayā al-Muqri’ al-Khāqāni al-Baghdādī (الإمام موسى بن عبيد الله بن يحيى المقرئ الخاقاني البغدادي) wafat tahun 325H.

Namanya:

Ilmu Tajwid

Permasalah yang dibincangkan:

Kaedah dan permasalahan tentang bagaimana memahami ilmu tajwid.

Tujuan:

غاية النهاية في إتقان لفظ القرآن على ما تُلُقى من الحضرة النبوية الأفصحية، وقيل غايته صون اللسان عن الخطإ في كتاب الله تعالى.

Ertinya: Tujuan belajar adalah agar dapat membaca ayat al-Quran secara betul sesuai dengan yang diajarkan oleh Rasullah SAW, juga agar dapat memelihara lisan dari kesalahan ketika membaca al-Quran.

Dan kesalahan itu terbahagi kepada dua iaitu:

1) Kesalahan nyata(لحن جلي): Kesalahan yang berlaku ke atas lafaz seperti berubah bacaan, tidak kira sama ada perubahan itu membawa makna lain atau tidak seperti berubah baris, berubah sebutan huruf, hukumnya haram dan berdosa pada sesiapa yang berbuatnya.
2) Kesalahan tersembunyi (لحن خفي): Kesalahan ke atas lafaz akan tetapi tidak berubah bacaan seperti tidak dengung, tidak mad dan sebagainya, hukumnya makruh dan mengaibkan kerana hilangnya keindahan bacaan al-Quran.

Berkata Ibnul Jazari dalam Mukadimah (المقدمة لإبن الجزري):

والأخذ بالتجويد حتم لازم * من لم يجود القرآن آثم
لأنه به الإله أنزلا * وهكذا منه إلينا وصلا

Ertinya: Membaca al-Quran dengan tajwid hukumnya wajib. Barangsiapa membaca al-Quran tanpa bertajwid, hukumnya berdosa. Kerana sesungguhnya Allah menurunkan al-Quran beserta tajwid. Demikianlah al-Quran itu datang dari Allah untuk makhluknya.

Write a comment