Soal Jawab Berkaitan al-Quran 9


81. Apa kalimah paling banyak disebut dalam al-Quran?

Lafaz Allah (الله) sebanyak 2697.

82. Apa itu ‘Mashaf Imam’?

Mashaf Saidina Uthman r.a yang dikumpulkan pada zamannya kemudian diedarkan ke seluruh daerah.

83. Surah apa dinamakan sempena nama malaikat?

Surah al-Saffat (سورة الصافات), Surah al-Ma’arij (سورة المعارج) dan Surah al-Naziat (سورة النازعات).

84. Surah apa dinamakan dengan sifat al-Quran?

Surah al-Furqan (سورة الفرقان) - yang membezakan antara Haq dan Batil dan Surah Fussilat (سورة فصلت) - penjelasan.

85. Surah apa dinamakan dengan nama benda?

Surah al-Maidah (سورة المائدة) - hidangan, Surah al-Hadid (سورة الحديد) - besi, Surah al-Qalam (سورة القلم) - pena, Surah al-Ma’un (سورة الماعون) - barang kegunaan rumah dan Surah al-Masad (سورة المسد) - tali dipintal.

86. Surah apa dinamakan sempena Hari Kiamat?

Surah al-Dukhan (سورة الدخان), Surah al-Waqiah (سورة الواقعة), Surah al-Hasyr (سورة الحشر), Surah al-Taghabun (سورة التغابن), Surah al-Haqqah (سورة الحاقة), Surah al-Qiyamah (سورة القيامة), Surah al-Naba’ (سورة النبأ), Surah al-Takwir (سورة التكوير), Surah al-Infitar (سورة الإنفطار), Surah al-Insyiqaq (سورة الإنشقاق), Surah al-Ghasyiah (سورة الغاشية), Surah al-Zalzalah (سورة الزلزلة) dan Surah al-Qariah (سورة القارعة).

87. Surah apa dibuka dengan kalimah (هَلْ)?

Surah al-Insan (هل أتى على الإنسان) dan Surah al-Ghasyiah (هل أتى كحديث الغاشية).

88. Surah apa dibuka dengan kalimah (قُلْ)?

Surah al-Jin (قل أوحي إلي أنه استمع نفر من الجن), Surah al-Kafirun (قل يأيها الكافرون), Surah al-Ikhlas (قل هو الله أحد), Surah al-Falaq (قل أعوذ برب الفلق) dan Surah al-Nas (قل أعوذ برب الناس).

89. Surah apa dinamakan sempena nama masa?

Surah al-Hajj (سورة الحج) - waktu haji, Surah Jumu’ah (سورة الجمعة) - hari Jumaat, Surah al-Fajr (سورة الفجر) - waktu pagi, Surah al-Lail (سورة اليل) - waktu malam, Surah al-Dhuha (سورة الضحى) - waktu Dhuha, Surah al-Qadr (سورة القدر) - malam al-Quran diturunkan, Surah al-Asr (سورة العصر) - waktu Asar dan Surah al-Falaq (سورة الفلق) - waktu malam menjelma.

90. Surah apa nama surah itu sendiri disebut pada akhir ayat?

Surah al-Ma’un (ويمنعون الماعون) dan Surah al-Masad (في جيدها حبل من مسد).





Write a comment