Sesungguhnya seluruh sahabar r.a adalah orang alim-alim belaka. Akan tetapi ada beberapa orang sahabat r.a yang dikira sebagai paling mahir dan masyhur dalam ilmu tafsir. Mereka ialah:
1. Empat orang Khalifah terawal iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.
2. Abdullah bin Mas’ud atau terkenal dengan sebutan Ibnu Mas’ud. Seorang yang alim dalam ilmu tajwid Quran. Rasulullah SAW bersabda bahawa sesiapa ingin baca Quran, bacalah seperti bacaan Ibnu Mas’ud.
3. Abdullah bin Abbas atau terkenal dengan sebutan Ibnu Abbas. Beliau adalah orang yang didoakan oleh Rasulullah SAW agar diberi kedalaman dalam ilmu agama dan ilmu takwil.
Write a comment
Catat Ulasan