Nota Penting Berkaitan Bacaan Quran (1)

1. Ditulis dengan huruf Sad (ص) tapi dibaca dengan huruf Sin (س) dalam Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 245:


Ertinya: Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

dibaca dengan [يبسط]


Dan dalam Surah al-A’raf (سورة الأعراف) ayat 69:


Ertinya: Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya.

dibaca dengan [بسطة]

2. Ditulis dengan huruf Sad (ص) tapi dibaca dengan huruf Sin dan Sad (س، ص) dalam Surah al-Tur (سورة الطور) ayat 37:


Ertinya: Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?

dibaca dengan dua wajah, boleh pilih yang mana lebih mudah disebut [المسيطرون، المصيطرون]

3. Ditulis dengan huruf Sad (ص) tapi dibaca juga dengan huruf Sad (ص) dalam Surah al-Ghasyiah (سورة الغاشية) ayat 22:


Ertinya: Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu). 

Ulasan

(2)
  1. jadi untuk pengetahuan untuk dua yg pertama baca huruf SIN (huruf sin ATAS huruf sod)

    tapi yg huruf sin BAWAH huruf sod boleh bca dua wajah iaitu bca sin atau sod.

    yang kena huruf sod ialah pd SIN BAWAH HURUF SOD pd ayat dlm surah alghaasyiah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya begitulah bacaannya pada Riwayat Hafs pada Tariq Syatibiy.

      Padam

Catat Ulasan