Nota Penting Berkaitan Bacaan Quran (1)

1. Ditulis dengan huruf Sad (ص) tapi dibaca dengan huruf Sin (س) dalam Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 245:


Ertinya: Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

dibaca dengan [يبسط]


Dan dalam Surah al-A’raf (سورة الأعراف) ayat 69:


Ertinya: Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya.

dibaca dengan [بسطة]

2. Ditulis dengan huruf Sad (ص) tapi dibaca dengan huruf Sin dan Sad (س، ص) dalam Surah al-Tur (سورة الطور) ayat 37:


Ertinya: Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?

dibaca dengan dua wajah, boleh pilih yang mana lebih mudah disebut [المسيطرون، المصيطرون]

3. Ditulis dengan huruf Sad (ص) tapi dibaca juga dengan huruf Sad (ص) dalam Surah al-Ghasyiah (سورة الغاشية) ayat 22:


Ertinya: Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu). 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa Khatam Quran

Ayat Pengharaman Arak

Wakaf Jibril (1)