Yayasan Islam
Terengganu akan membuka kelas tarannum dalam tempoh terdekat sebagai usaha
melahirkan lebih ramai qari dan qariah di Terengganu.
Pengarah Yayasan
Islam Terengganu, Dato’ Alias Abdullah, berkata kelas tarannum yang menekankan aspek
hukum-hukum tajwid, tafsir dan sifat dan peranan taranum akan ditempatkan di
bangunan yayasan itu.
Katanya,
kemungkinan akan diperluaskan di daerah lain sekiranya menampakkan perkembangan
positif bertujuan memudahkan orang ramai mengikuti kelas itu di daerah
masing-masing.
“Terbuka kepada
pelajar sekolah rendah , sekolah
menengah dan belia, paling penting memenuhi syarat dan minat mendalam
untuk mengikuti kelas yang akan diadakan
pada hari minggu dan juga cuti persekolahan.
“Tenaga pengajar
bagi kelas itu akan dibantu qari dan qariah Terengganu, termasuk qariah Dato’
Rogayah Sulong,”katanya kepada teganukita.
Sumber: TeganuKita
Sumber: TeganuKita
Write a comment
Catat Ulasan