Sheikh Ahmad Amir Meninggal Dunia

Berita duka, wafatnya Sheikh Ahmad Muhammad Amir (الشيخ أحمد محمد عامر) antara qari termasyhur di Mesir pada 20 Feb 2016. Almarhum menutup usia pada umur 89 tahun.


Sheikh di lahirkan di daerah Sohiliyah, Syarqiyyah pada tahun 1927. Beliau mula belajar Quran daripada ayahnya. Kemudiannya menyempurnakan ilmu Qurannya di hadapan Sheikh Abdul Salam Syarbasi, atuk kepada Mufti Mesir terdahulu Sheikh Muhmmad Khatir.

Telah mengembara banyak negara antaranya Sudan dan Malaysia pada tahun 1972 kerana menjadi Hakim Musabaqah Tilawah al-Quran Antarabangsa di Malaysia.

Semoga Allah ampunkan dosa Sheikh Ahmad Amir dan himpunkannya dikalangan orang soleh.

# وفاة الشيخ أحمد عامر



Write a comment