PULAU PINANG, 26
Jan | Masjid Negara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan
Hal Ehwal Islam Pulau Pinang telah mengadakan Program Interaktif al-Quran
bersama imam-imam dan pegawai masjid seluruh negeri Pulau Pinang pada 26
Januari 2016 di Masjid Negeri Pulau Pinang.Program yang berlangsung di dalam
dewan solat utama disertai oleh kira-kira 300 orang peserta yang terdiri daripada
imam-imam masjid negeri, masjid daerah dan masjid kariah.
Program ini
merupakan satu program perkongsian pintar di antara Masjid Negara dan
masjid-masjid negeri seluruh negara bagi mempersiapkan para imam dan pegawai
masjid yang berkepakaran dan berketerampilan di peringkat nasional. Masjid
Negeri Pulau Pinang merupakan masjid pertama selaku perintis bagi program
interaktif al-Quran seluruh Malaysia.
Majlis perasmian
penutup disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Sazali bin Hussein, Pengarah
Jabatan Agama Islam Pulau Pinang yang mewakili
Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Turut
hadir pada majlis ini ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM,
YBhg. Dato’ Haji Razali bin Shahabudin.
Setelah tamat
program, rombongan daripada Masjid Negara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
dijemput mengadakan kunjungan hormat ke kediaman rasmi Tuan Yang Terutama Tun
Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri
Pulau Pinang.
Sumber: Jakim
Sumber: Jakim
Bagus majlis ni.Moga berjalan lancar inn syaAllah
BalasPadam