Salah satu yang
dirisau atau menjadi masalah bagi mereka yang mahu menghafal Al Quran sudah
pasti adalah masalah mudah lupa.
Pada malam hari
hafal dan keesokan harinya dsudah lupa, jadi bagaimana handak untuk mengatasi
masalah cepat lupa ini?.
Jawapan kepada
soalan ini telah dijawab oleh Dr. Kamil el Laboody dan Dr. Rasya Abdul Mun’im
el Ghayyar di mana mereka merupakan ibu bapa keapda 3 hafizh termuda di dunia.
Berikut adalah
jawapan atau tips yang telah dikongsikan oleh mereka untuk mengelakkan
anak-anak cepat lupa apabila menghafal Al Quran.
Membiasakan solat tahajud
Ketika ada
mengeluh mengapa dia mudah lupa apabila menghafal Al Quran, Dr. Kamil el
Laboody menyarankan agar orang tersebut membiasakan dirinya dengan solat
tahajud. Solat tahajud merupakan salah satu cara mendekat diri kepada Allah
Subhanahu wa Ta’ala yang hebat dimana ia akan membersihkan hati hati sehingga mudah
mengingati Al Quran. Sebaliknya, hafalan Al Quran akan menjadi susah apabila
hati kotor.
Memperbanyak doa
Sebab Allah-lah
yang menguasai hati manusia. Dia yang menurunkan kalam-kalam sucinya sebanyak
114 surat. Dia pula yang berkehendak meletakkan hafalan kalam suci ke dalam
hati hamba yang dikehendakiNya. Maka perbanyaklah doa kepada Allah, khususnya
di sepertiga malam yang terakhir setelah solat tahajud agar Allah berkenan
menjadikan kita penghafal Al Quran.
Mengulang hafalan dalam solat sunnah
Surat atau ayat
yang telah dihafal perlulah dibanyakan semasa di dalam solat dan dengan
demikian, hafalan itu terjaga secara berulang-ulang dalam waktu yang lama.
Wirid harian
Ketika
diwawancra oleh penulis buku Rahsia Sukses 3 Hafizh Quran Cilik Mengguncang
Dunia, Dr. Rasya Abdul Mun’im el Ghayyar menyarankan agar penghafal Al Quran
menjadikan wirid sebagai bacaan harian. Setelah ketiga anaknya hafal 30 juz,
mereka bertiga rutin membaca tiga juz Al Quran setiap hari. Wirid harian dengan
membaca tiga juz inilah yang menjadi amalan mereka. Untuk menyelesaikan wirid
harian tiga juz ini, secara puratanya mereka
memerlukan masa 2 setengah jam.
Dengan empat
tips ini, terbukti Tabarak, Yazid dan Ziinah bukan sahaja menghafal Al Quran di
usia 4 dan 5 tahun sehingga menjadi 3 hafizh termuda di dunia, malah ingatan
mereka turut terjaga.
Semoga kita
dimudahkan Allah menjadi penghafal Al Quran. Semoga keturunan kita juga
dimudahkan Allah menjadi penghafal Al Quran. Dan kita semua dijaga oleh Allah
sehingga tidak lupa hafalan Al Quran.
Sumber: Siakapkeli.my
Sumber: Siakapkeli.my
Write a comment
Catat Ulasan