Walaupun sibuk
menjawat jawatan doktor gigi di sebuah hospital di Putatan, Sabah Dr. Nur
Munirah Mohd Nor telah berjaya menjadi naib johan bagi kategori hafazan 20
juzuk dalam Majlis Musabaqah Menghafaz Al-Quran Al-Karim Kerajaan Hasyimiah
Kali Ke-10 di Amman, Jordan yang berlangsung pada 20 hingga 25 April lalu.
Perjuangannya
memartabatkan al-Quran dipermudahkan meskipun sibuk dengan tugas yang
memerlukan komitmen tinggi. Ini bukanlah penyertaan kali pertama baginya dalam
pertandingan seumpama ini. Sebelum ini dia pernah menjuarai pertandingan
menghafaz al-Quran peringkat negeri pada Februari 2015 dan mewakili Kelantan ke
Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan pada Mac lalu di Shah Alam,
Selangor.
Di dalam
pertandingan di Jordan, Dr Nur Munirah berjaya menewaskan 10 peserta lain bagi
kategori tersebut. Dia tetap bersyukur walaupun mendapat tempat kedua dan
gembira berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam
bidang hafazan al-Quran selepas dia diberi kepercayaan oleh Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) untuk menyertai pertandingan ini. Pemilihannya ke Jordan
adalah berdasarkan kejayaannya muncul naib johan peringkat kebangsaan pada
tahun lalu bagi kategori hafazan 30 juzuk.
Rahsia Menghafaz
al-Quran Dr. Nur Munirah Mohd. Nor
1. Ibu bapa
telah mengajarnya mengenal al-Quran sejak kecil lagi.
“Saya membaca
al-Quran sejak berusia enam tahun dan mula menghafal ketika berusia 13 tahun.”
katanya kepada wartawan Utusan Malaysia.
2. Tidak jemu
menghafal al-Quran setiap hari.
3. Tidak
merasakan menghafal al-Quran itu satu beban, malah rutin itu menyebabkan dia
mudah untuk melakukan sebarang urusan kerja.
4. Tidak
mengamalkan sebarang pantang larang dari segi makanan. Makan selagi ianya
halal.
5. Jaga mata.
6. Jaga
pergaulan dengan rakan-rakan.
7. Ibunya, Wan
Khatijah Wan Adam memupuk minat Dr. Nur Munirah dengan cara memasang kaset
alunan bacaan qari-qari ternama sejak dia kecil lagi.
8. Semasa di
Kelantan Nur Munirah juga pernah belajar menghafal al-Quran dengan seorang ustaz
di Tumpat.
9. Ibu bapanya
mendidik dia dan 7 adik-beradiknya yang lain mencintai dan menghafaz al-Quran
sejak mereka kecil.
10. Berusaha
sehingga mampu menghafal 30 juzuk al-Quran merangkumi 114 surah dan 6,236 ayat
dalam kitab suci berkenaan.
11. Minat
mengatasi segala halangan dan kesukaran menghafaz.
Beliau adalah
satu-satunya peserta dari Malaysia yang menyertai pertandingan itu yang
mendapat penyertaan daripada 35 negara. Kemenangan dalam pertandingan tersebut
membolehkan Nur Munirah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak
RM8,000 berserta sijil dan plak.
“Persaingan
memang sengit kerana peserta dari negara Arab sudah tentu mempunyai kekuatan
dari segi tajwid dan al-Quran itu sendiri adalah dalam bahasa Arab.” katanya
kepada wartawan Harian Metro.
Sumber: Thevocket
Sumber: Thevocket
Write a comment
Catat Ulasan