Juara Tilawah Terengganu 2015

“Saya berazam melakukan yang terbaik demi mencapai kejayaan peringkat kebangsaan dan seterusnya menaikkan imej Terengganu.

“Cukup besar harapan kali untuk berada di tempat teratas kerana sudah lapan kali mewakili Terengganu hanya naib johan pada 2012,” kata Qari Terengganu, Mohd Hafas Ali.

Beliau yang menjuarai pertandingan TIlawah a-Quran Peringkat Negeri, di Stadium Mini, Sungai Terom, Setiu, malam tadi.

Hafas berkata, dia akan menjadikan adik yang juga qari negara Ahmad Tarmizi Ali sebagai idola serta rujukan penting untuk membaiki segala kelemahan.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Majlis Penutup Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 1436H/2015M di Stadium Mini, Sungai Tarom, Setiu, malam tadi.

Baginda turut berkenaan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kepada semua pemenang dan peserta tilawah kali ini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Mengiringi baginda berdua, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda yang juga merangkap Pengerusi Jawatakuasa Induk Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri 2015.

Hadir sama, Exco, Adun dan pegawai kanan jabatan kerajaan negeri.

Dalam pada itu, johan qariah pula Nur Hidayah Abd Rahman 24, berkata persediaan awal akan dilakukan daripada pelbagai aspek terutama berkaitan kelemahan taranum bagi membaiki markah yang masih di tahap kurang memuaskan.

“Semua itu tidak menjadi penghalang untuk saya membawa nama Terengganu ke peringkat kebangsaan dan seboleh-bolehnya akan melakukan yang terbaik.

“”Pertandingan kali ini, kembar saya Nurul Jannah berjaya menduduki tempat ke tiga, tidak seperti tahun sebelumnya yang hanya berpuashati sebagai penerima saguhati.” katanya yang juga bekas penuntut tahun akhir jurusan Reka Bentuk Perindustrian Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA).

Anak kelapan daripada sepuluh beradik itu yang pernah empat tahun berturut-turut dan kali terakhir tahun lalu mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Sumber: Teganukita

Write a comment