3 Amalan Waktu Fajar


1. Menunaikan Solat Fardhu Subuh, menjadikan engkau dalam jagaan Allah SWT (berdasarkan mafhum Hadith).

2. Sunat Fajar, lebih baik dari dunia dan isinya (berdasarkan mafhum Hadith).

3. Membaca al-Quran di waktu fajar, sesungguhnya bacaan Quran di waktu fajar disaksikan oleh para malaikat. Berdasarkan ayat:

Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh (solat Subuh dan membaca Quran) sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).
[Surah al-Isra’: 78]

Alangkah indahnya waktu Fajar bagi sesiapa yang dapat menikmatinya!

Ulasan