Maidam Anjur Majlis Hafaz Quran 2015

Jabatan Dakwah, Pendidikan dan Pengurusan Masjid, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mempelawa orang ramai untuk menyertai Majlis Menghafaz al-Quran peringkat negeri 2015.

Pengarah Kanan Jabatan Dakwah, Pendidikan dan Pengurusan Masjid Maidam (Bahagian Dakwah), Dato’ Samsiah Awang berkata, penyertaan dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap pertama (1 hingga 10 juzuk dan taranum); tahap dua (1 hingga 20 juzuk) dan tahap tiga (1 hingga 30 juzuk termasuk dua soalan tafsir).

“Pemohon sama ada lelaki dan wanita perlu mematuhi syarat-syarat penyertaan termasuk berumur tidak kurang dari tujuh tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 28 Februari 2015 (Majlis Manghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan).

“Borang permohonan boleh diperoleh daripada Jabatan Dakwah, Pendidikan dan Pengurusan Masjid Maidam (Bahagian Dakwah) dan semua Pejabat Agama Daerah atau dengan melayari laman web www.maidam.gov.my ,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, tarikh tutup permohonan pada 25 Januari ini.

Sumber: TeganuKita

Write a comment