Tafsir Gunung Kelud


Di Indonesia sejak meletus Gunung Kelud, beredar di WhatsApp menyebut kejadian mengenai tarikh, bulan dan tahun serta waktu letusan dikatakan bertepatan dengan ayat dalam al-Quran. Namun Fahmi Salim wakil MUI cepat cepat menafikannya. Beliau mengutip dua Hadith sebagai dalil:

“Dan barangsiapa mengatakan tentang Al Qur’an dengan pendapatnya, maka bersiap-siaplah menempati tempatnya di neraka,” (HR Turmudzi dari Ibnu Abbas).

“Barangsiapa mengatakan tentang Al Qur’an dengan pendapatnya, maka ia tetap salah walaupun pendapatnya benar,” (HR Turmudzi dari Jundub bin Abdillah)

Lebih lanjut Fahmi Salim menjelaskan bahwa tugas seorang Muslim dalam menyikapi bencana ada tiga. “Tugas dan kewajiban kita saat terjadi musibah adalah istirja’, istighfar dan muhasabah, dosa apa yang sekiranya pernah kita buat. Wallahu a’lam,” pungkasnya.

Tafsiran batil tersebut menyebut tarikh berlaku meletus gunung berapi iaiatu pada  tarikh 13 bulan 2 yang dikaitkan dengan surah Ar-Ra’d (surah ke-13) dengan ayat 2.

اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لأجَلٍ مُسَمًّى يُدَبِّرُ الأمْرَ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ بِلِقَاءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ (٢)

Ertinya: Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan.

Waktu letusannya, jam 22:49 dan 22:50 dihubungkan dengan surah Al-Hajj ayat 49-50.

قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا أَنَا لَكُمْ نَذِيرٌ مُبِينٌ (٤٩) فَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ (٥٠)

Ertinya: Katakanlah: Hai manusia, sesungguhnya Aku adalah seorang pemberi peringatan yang nyata kepadamu. Maka orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia.

Sementara tahunnya dikaitkan dengan surah Thaha, surah ke-20 dalam al-Quran dengan ayat ke 14.

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلاةَ لِذِكْرِي (١٤)

Ertinya: Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan Dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.

Ia adalah sebahagian Tafsir Isyari atau isyarat melalui nombor huruf, ayat-ayat tertentu dan dikaitkan dengan kejadian tertentu. Namun ia bukan tafsiran yang sah di sisi syarak dan kadang-kadang batil. Ia hanyalah kebetulan.

Di Malaysia ia sudah beredar melalui blog dan forum tanpa menyebut sama pandangan daripada MUI.

Untuk rekod di abad 20 ini Gunung Kelud telah meletus sebanyak 7 kali iaitu pada tahun 1901, 1919, 1951, 1966, 1990, 2007 dan  tahun 2014. Dan sebelum itu ada rekod menyebut ia telah bermula pada tahun 894 Masehi melalui naskhah kuno.

Sumber: BersamaDakwah

Write a comment