Buku Iqra' Ada 447 Kesalahan

Beliau merujuk kepada satu kajian oleh aktivis pendidikan terhadap Buku Iqra’ (cara cepat membaca Al-Quran) Rasm Uthmani, karangan Ustaz Haji As’ad Humam daripada Indonesia, yang didapati mengandungi 447 kesalahan dan kekeliruan.


KUALA LUMPUR | Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, mempersoal tindakan kerajaan yang sehingga kini masih belum membetulkan sejumlah 477 kesalahan dalam buku Iqra’ yang diajar kepada pelajar sekolah kebangsaan dalam mata pelajaran pengajian al-Quran di seluruh negara.


Bercakap sewaktu membahaskan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat hari ni, beliau berkata, tindakan itu memperlihatkan sikap tidak serius kerajaan, yang memandang remeh terhadap pendidikan Islam khususnya dalam pengajian al-Quran.

Beliau merujuk kepada satu kajian oleh aktivis pendidikan terhadap Buku Iqra’ (cara cepat membaca Al-Quran) Rasm Uthmani, karangan Ustaz Haji As’ad Humam daripada Indonesia, yang didapati mengandungi 447 kesalahan dan kekeliruan.

“Kita kesal dengan sikap kerajaan yang seolah-olah memandang remeh soal pengajian Al-Quran.

“Kenapa buku Interlok ditarik balik hanya kerana ada perkataan ‘paria’, sedangkan dalam Buku Iqra’ ada 447 kesalahan tapi terus dibiar untuk digunakan,” katanya pada sidang media selepas itu.

Menurutnya, isu ini pernah dibangkit oleh ahli parlimen PAS ketika penggal lalu, namun sehingga kini, kesalahan dalam buku yang diguna sejak 18 tahun itu, tidak dibetulkan.

“Saya mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya membekukan pengagihan ini bagi mengkaji semula buku modul ini dengan diganti buku modul baru,” katanya.

Beliau juga mencadangkan kerajaan dengan kuasa Menteri Pendidikan melalui KPM menubuhkan sebuah Jawatankuasa Siasatan Khas di bawah Seksyen 127 dan 144, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Peruntukan kewangan KPM bagi tahun 2014 sebanyak RM54,600,593,800 juga katanya diharap boleh dimanfaatkan untuk mengatasi masalah itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan menggesa kerajaan bertindak segera membuat semakan dan pembetulan terhadap dakwaan kesilapan itu.

“Kalau kerajaan gagal tangani isu ini dan memandang remeh, ini satu pengkhianatan besar kepada rakyat negara ini.

“Kita sedia gerakkan bantahan rakyat secara besar-besaran. Ini soal masa depan anak-anak kita khususnya orang Islam,” katanya.




Kata ada 447 kesalahan kenapa tidak disebut satu persatu? Orang politik tetap berpolitik walaupun mengaku parti Islam. Nak cari yang betul-betul payah dah.

Kalau betul nak juang dan bela, ahli politik terbabit kena senarai apakah 447 kesalahan tersebut. Katanya dah penggal lepas bising dalam parlimen tapi kenapa maklumat ini tidak tersebar luas? Politik tetap politik!

PAS sudah sedia maklum kerajaan BN lambat bertindak bab-bak Islam nih. Jadi apa salah PAS mula dulu sebar maklumat 447 kesalahan di facebook ke contohnya. Kalau berita penyelewengan rasuah boleh buat takkan hal Al-Quran ni tak boleh buat? Ke wakil PAS malas buat kerja hanya pong pang dalam parlimen. Ni sibuk nak buat gerakan rakyat pulak. Nantinya apa? Rakyat pong pang bila ditanya apakah 447 kesalahan tak berseorang boleh jawab. Nak begitu ke? Ni dipanggil politik cari makan.

Kesalahan yang sedia ada dalam Iqra’ biasanya para guru betul sendiri dengan penerangan depan murid-murid. Macam orang belajar kitab jawi lamalah, bila tinggal titik tok guru suruh letak. Tapi katanya kesalahan sampai 447. Banyak tuh. Maka eloklah kerajaan BN ambil seirus. Jangan kerana isu ini dibawa PAS maka kerajaan tak mau hirau. Yelah semua politik cari makan.

Isu ini dianggap selesai kerana Buku Iqra' bukanlah buku tajwid tapi sebagai alat bantuan mengajar. Kalau dikata tak ikut Rasm Uthamni, ya betul kerana ianya buku dalam tajuk kaedah mengajar untuk memudahkan pelajar membaca. Setelah mahir membaca, mungkin step seterusnya mengenal Rasm Uthmani, hukum tajwidnya dan sebagainya.

Ulasan

(1)
  1. Assalamualaikum. apa yang disampaikan betul.
    berbanding muqaddam yang dulu bertulisan imlai ia lebih tepat berbanding iqra'

    dan sepanjang saya mengajar al-quran kepada anak murid saya yang mengenal al-quran bagi membetulkan bacaan mereka ia cukup sukar kerana mereka telah sebati dengan iqra' dan ada pelajars aya yang menegaskan bhawa cara mereka mengeja dan membaca adalah betul kerana ia di ajar oleh guru iqra' mereka dahulu.

    kesannya ada yang mengeja huruf jawi dengan cara :

    cth : perkataan jawi (جاوي)

    cara ejaan yang betul : jim alif ( ja ) wau ya (wi)

    tetapi mereka mengeja : ja a (ja) wa ya (wi) ini ejaan salah


    cth 2

    الم

    Bacaan betul : alif laam miim
    bacaan mereka : a la ma (bacaan salah)

    fikirkan ia buka isu politik... tetapi ia isu agama malah ia melibatkan perkara akidah.
    tolong faham

    lanjut boleh hubungi saya : 019 4443764
    kerana saya juga sedang membuat kajian penuh berhubung kesalahan dalam peggunaaan iqra


    BalasPadam

Catat Ulasan