Hukum Membaca Al-Quran Bagi Wanita Dalam Keadaan Uzur (2)

Hukum Membaca Dengan Lidah


Berhubung dengan membaca dengan lidah bagi wanita yang sedang haid, terdapat perbezaan pendapat. Majoriti ulama berpendapat ianya dilarang sama sekali. Imam al-Bukhari, Ibn Jarir al-Thabari dan Ibn al-Munzir berpendapat, ia diharuskan. Begitu juga dengan Imam Malik dan Imam al-Syafi’i dalam pendapat qadim. Ini sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari.

Imam al-Bukhari mengemukakan sebuah riwayat daripada Imam Ibrahim al-Nakha’i (seorang tokoh tabi’in): Tidak mengapa jika dibaca hanya satu ayat.


Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah membahas persoalan ini.71

Sejak asal tidak ada larangan daripada al-Sunnah (bagi wanita yang sedang haid) membaca al-Quran. Hadis: Wanita haid tidak boleh membaca sesuatu daripada al-Quran” adalah hadith yang lemah (dhaif) yang disepakati oleh para ahli hadith.

Lebih dari itu, diketahui wanita-wanita di zaman Nabi SAW mengalami haid. Jika haram ke atas mereka membaca al-Quran sepertimana haram ke atas mereka mendirikan solat, nescaya diterangkan oleh Nabi SAW kepada umatnya dan dipelajari oleh para isteri baginda dan sudah tentu perkara ini akan tersebar kepada umum.

Namun tidak seorang pun yang meriwayatkan pengharaman seumpama ini daripada Nabi SAW. Kerana itu tidak boleh menghukumnya sebagai haram, sedangkan Nabi SAW sendiri tidak pernah mengharamkannya. Apabila Nabi tidak menegah berbuat demikian padahal ramai wanita yang haid pada zamannya, bererti tidaklah haram kepada wanita haid membaca al-Quran.

Di antara perselisihan pendapat ini, yang lebih utama ialah wanita yang sedang haid tidak membaca al-Quran dengan lidahnya melainkan jika perlu, seperti guru yang mengajar al-Quran, murid yang menduduki peperiksaan dan sebagainya.72

71Majmu. Fatawa. jil. 26, him. 191.

72al-Syeikh Muhammad Uthaimin, Risalah Fi al-Dima’ al-Tabi’iyah Li al-Mar’ah, http://www.othaimeen.com/all/books/articels_16961.shtml.

Write a comment