Hukum Membaca Al-Quran Bagi Wanita Dalam Keadaan Uzur (1)


Menurut majoriti ulama, haram kepada wanita yang sedang haid membaca al-Quran.

Bagi ulama mazhab Hanafi, harus kepada wanita yang sedang haid membaca al-Quran, kalau dengan maksud memuji Allah atau berzikir dan bukan dengan niat membaca al-Quran itu sendiri.

Bagi ulama mazhab Hanafi membaca al-Quran dalam keadaan haid adalah haram walaupun hanya melibatkan sebahagian ayat, jika bukan dengan tujuan yang dinyatakan di atas.

Bagi ulama mazhab Hanbali, haram ke atas wanita yang sedang haid membaca al-Quran walaupun hanya satu ayat sahaja.


Ulama mazhab Maliki mengharuskan kepada wanita yang didatangi haid membaca al-Quran, tetapi sebaik sahaja berhenti darah, tidak harus lagi membacanya kecuali setelah mandi terlebih dahulu. Kecuali jika takut lupa tentang al-Quran yang dihafaznya, dia boleh membacanya walaupun belum mandi. Ulama mazhab Maliki juga mengharuskan kepada guru dan penuntut wanita membaca al-Quran dengan tujuan belajar al-Quran dan membetulkan bacaan dan juga tajwid dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya.70

Menurut al-Syeikh Muhammad Uthaimin (الشيخ محمد بن صالح العثيمين), diharuskan kepada wanita yang sedang haid membaca al-Quran dengan cara melihat dengan mata atau menghayatinya dalam hati tanpa menutur dengan lidah. Boleh juga meletak mushaf al-Quran di hadapannya, lalu melihat ayat-ayatnya dan membacanya dengan hati.

Imam al-Nawawi r.h menyebut dalam Majmu’ Syarh al-Muhazzab: Hal ini diharuskan tanpa perselisihan pendapat.

70Al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Mu’asirah, al-Fiqh al-Islami, http://www.Islampedia.com/MIE@/maininter/default.html

Write a comment