Hukum
Menyentuh Quran
Berhubung
membaca al-Quran dengan menyentuhnya, ulama berselisih pendapat. Satu golongan
berpendapat al-Quran tidak boleh disentuh kecuali oleh orang yang suci daripada
hadas kecil dan besar. Pendapat ini diriwayatkan daripada Ibn Umar, al-Hassan,
Ata’ dan Tawus. Ia juga merupakan pandangan al-Imam Malik, al-Syaffi dan Ashab
al-Ra’yi (أصحاب الرأي) dan pendapat ini
disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah. Dalilnya ialah sabda Rasulullah
SAW:
لا يمس القرأن إلا طاهر
Al-Quran
tidak boleh disentuh kecuali oleh orang yang suci.73
Golongan yang
kedua berpendapat harus menyentuh al-Quran walaupun tanpa bersuci dari hadas
kecil mahupun hadas besar. Golongan yang menyatakan wanita yang sedang
didatangi haid tidak boleh membaca dan menyentuh al-Quran, kerana berdalilkan
ayat 79 dari surah al-Waqiah.
لا يَمَسُّهُ إِلا
الْمُطَهَّرُونَ (٧٩)
Maksudnya:
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.
Surah
al-Waqiah: 79
Selain daripada
itu, golongan ini juga berdalilkan hadith Ali r.a. Nabi SAW membacakan kepada
kami al-Quran pada setiap keadaan, asal sahaja baginda tidak berjunub. Ujar
al-Tirmizi hadis ini hadis hasan sahih.
Menurut Imam
al-Nawawi kebanyakan ulama Hadith mempunyai pandangan yang berbeza dengan
al-Tirmizi. Mereka menghukumkan hadith ini sebagai lemah.74 Golongan
ini mengqiyaskan wanita yang berada di dalam keadaan haid dengan wanita yang
berjunub. Mereka juga berdalilkan dengan sabda Rasulullah SAW:
لا يمس القرأن إلا طاهر
Al-Quran
tidak boleh disentuh kecuali oleh orang yang suci.
Fatwa sahabat
juga menjadi pegangan mereka khususnya fatwa sahabat agung Umar bin al-Khattab
RA.
73Dikeluarkan
oleh al-Tabrani di dalam al-Kabir dan al-Awsat. Al-Dar al-Qutni dan al-Hakim
3/485 daripada Hadith Hakim bin Huzam. Ia juga dikeluarkan oleh al-Baihaqi 1/88
daripada Hadith Ibn Umar dan disahihkan oleh al-Bani di dalam al-Irwa’ [إرواء
الغليل] 1/58.
74 Nil
al-Awtar, jil. 1. hlm. 226.
Write a comment
Catat Ulasan